1. Al Muslimat (islam)
Alhamdulillah betapa bersyukurnya kita kerana dilahirkan dalam Islam. Dicorakkan dengan warna cahaya Islam. Dididik dengan keindahan-keindahan Islam. Allahuakbar !
2. Al Mu'minat (iman)
Kita rasa seronok atau tak dengan perkara yang mendekatkan diri kita pada Allah ? Kita rasa seronok tak untuk menghadiri majlis ilmu ? Sedih tak bila kita terasa jauh dengan Allah ? Jika ya , Alhamdulillah hati kita dilindungi dan itulah tanda-tanda untuk mencapai TAQWA.
3. Al Qoonitat
Seorang yang tunduk , patuh , jaga solat , puasa , sentiasa bertahajud.
4. As Sodiqat (berkata benar)
Pastikan segala impian kita adalah benar , segala azam kita adalah benar. Elakkan diri kita dari berbohong. Usahakanlah segala apa yang keluar dari mulut kita ini adalah benar.
5. As Sobirat (sabar)
Sabar ni maksudnya kita terima ujian dari Allah dan dalam masa yang sama kita proaktif dalam mencari penyelesaian. Sabar juga adalah kemampuan untuk menyerahkan segalanya pada Allah dan yakin setiap yang berlaku ada hikmahNya.
6. Al Khosyiat (khusyuk)
Hayati apa yang kita katakan pada Allah. Dalam solat kita hayati , dalam berdoa juga kita hayati.
7. Al Muttasoddiqat (bersedekah)
Bukan saja harta benda bahkan senyuman juga :) Maniskanlah wajah kita. Sedekah itu lebih tinggi nilainya jika kita sedekah pada kaum kerabat kita sendiri. Jika ada antara ahli keluarga yang perlukan bantuan , maka bersedekahlah. Kerana bukan sahaja pahala bersedekah yang kita dapat bahkan pahala mengeratkan silaturrahim juga kita perolehi.
8. As Soimat
Iaitu wanita yang banyak berpuasa. Selagi kita menjadi pelajar , dekatkanlah diri untuk berpuasa sunat isnin & khamis. Nanti bila dah kahwin , dah ada anak , bila menyusukan , semakin sukar untuk mengamalkannya. ^^
9. Al Hafizot
Seseorang yang menjaga farajnya.
10. Wanita yang solehah itu juga adalah seorang yang banyak mengingati Allah dalam setiap urusannya.
- HIJAB : Bilamana kita hijabkan hati dari niat-niat hati yang kotor dan setiap urusan yang kita lakukan adalah kerana Allah.
- KHIMAR : bagaimana cara bertudung yang sepatutnya [24:31]
- JILBAB : berkaitan dengan pakaian kita sebagai seorang wanita [33:59]
p/s : sahabat-sahabat boleh membuka tafsir & fahamkannya. Allah telah beri ilham pada sahabat untuk membaca entry ini. Allah beri hidayah pada sahabat. Maka janganlah menyalahkan hanya dengan ucapan "belum sampai seru". Moga kita dijauhkan dari berburuk sangka dan bersama-sama kita hiasi peribadi dengan panduan yang diberikan iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment