MEMBACA AL-QURAN || MEMAHAMI AL-QURAN || MENGAMALKAN ISI AL-QURAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Bicara Muslimah : Usah Bezakan Labuh dan Bawal :')

Saturday 14 September 2013


Assalamualaikum w.b.t

Dalam perjalanan menimba ilmu bermula sekolah rendah kemudian sekolah menengah dan kini di universiti.


Alhamdulillah, saya sudah punya ramai teman. Teman yang bertudung bawal, teman yang memakai shawl, teman yang bertudung labuh, juga teman yang berpurdah.


Masing-masing punya keistimewaan. Masing-masing punya kelebihan.
Tiada wujud diskriminasi perbezaan ‘hektar’ tudung.



Saya amat suka memerhati, cuba mendalami isi hati seseorang, cuba mengenali hati budi seseorang (lagi sekali, marilah belajar psikologi, saya tidak akan pernah jemu menulis perkataan ‘psikologi’ lagi sekali, ‘psikologi’, haha, main-main pula ==” memang tak thiqah pelajar BA ni). Hakikatnya tak semestinya apa yang terzahir sama dengan dalaman setakat yang dilihat. Tetapi hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Apa pun suka saya ingatkan kepada diri sendiri, ketepikan keburukan orang, lihat kebaikan yang ada pada diri mereka dan insafi diri sendiri. Sungguh. Diri sendiri penuh benar dengan lumpur dosa.

Ada yang kata, luaran mencerminkan peribadi kerana  appearance shows the first glance or impression about someone.
Ada juga yang kata tak semestinya begitu kerana ada kata-kata don’t judge a book by its cover.
Saya tak nafikan, kedua-duanya betul.
Kerana itulah karangan punya bahagian ‘argument’ - ‘do you agree or not?’.
Kerana itu juga MUET mempunyai bahagian ‘discussion’ – ‘what’s your opinion?’.
Masing-masing pasti mempunyai hujah untuk mempertahankan pendapat masing-masing kan?
Dan pastinya pendapat masing-masing punya kebenaran.
Saya sendiri lebih suka melihat kepada realiti yang dialami.

Tiadalah hanya yang bertudung labuh itu dikatakan menutup aurat. Sudah tentu, asalkan tudung dilabuhkan menutupi dada, itu sudah cukup.


Adatnya yang bertudung labuh lebih dipandang baik, lebih dianggap solehah dan lebihdikatakan punya ilmu agama yang tinggi berbanding mereka yang bukan bertudung labuh.
Betul kerana….baik, cuba anda lihat situasi ini.


Anda terserempak dengan seorang gadis memakai tudung bawal, kemas dan cantik berbaju kurung keluar berdua-duaan bersama seorang lelaki yang mana masing-masing tiada ikatan yang sah juga tiada ikatan kekeluargaan sambil berpegangan tangan di Giant.


Dalam pada masa yang sama, apabila menoleh ke kanan, anda terpandang gadis bertudung labuh berbaju kurung yang memang diketahui masih tiada ikatan yang sah dan keluar berdua-duaan bersama seorang lelaki yang juga diketahui masih tiada ikatan yang sah sambil berpegangan tangan.


Gadis mana yang lebih dikritik hebat? Gadis mana yang lebih dipandang pelik atau jengkel?
Ya. Sudah pasti gadis bertudung labuh itu.
Kerana dia lebih menjadi ikon ‘solehah’. Lebih dianggap golongan yang ‘tahu agama’.


Jadi, yang bertudung labuh, jaga kelakuan anda kerana anda sering diperhatikan dan sentiasa dijadikan contoh. Kesalahan yang dilakukan si gadis bertudung labuh lebih kelihatan silapnya berbanding gadis yang bukan bertudung labuh. Jadi yang bertudung labuh, tunjukkan sikap yang baik. Saya nasihatkan diri sendiri.
Terkadang satu kesilapan dengan mudah memadam seribu kebaikan.
Tapi, ketahuilah, yang bertudung labuh bukan malaikat. Dia manusia.  


Mari pergi tajuk lain. Skop yang lain. Mari ^_^






Berkenalan Dengan Si Tudung Labuh.



Adatnya yang bertudung labuh lebih dipandang baik, lebih solehah dan lebih punya ilmu agama yang tinggi berbanding mereka yang bukan bertudung labuh.


Benarlah, melalui pemakaian, itulah hatinya, itulah budinya.
Namun, tak juga semua begitu.


Saya berani menulis berdasarkan pengalaman. Saya amat takut andai tulisan saya walau satu patah perkataan merupakan dusta. Ya Allah, jauhilah aku daripada melakukan ini, ampunilah hamba-Mu ini.

Saya suka menulis melihat kepada apa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Kerana saya suka melihat sekeliling. Berkawan dengan semua dan lihat. Ambil dan belajar sesuatu.




Ada yang bertudung labuh, tapi yang terlihat terkadang tak semestinya seperti yang terzahir.


Ada yang bertudung labuh, tapi suka menyakitkan hati orang.
Ada yang bertudung labuh, tapi tak pandai menghargai orang.
Ada yang bertudung labuh, tapi mementingkan diri sendiri.
Ada yang bertudung labuh, aktif dalam persatuan dan juga dakwah, tapi suka bercakap meninggikan suara, tidak menghormati orang lain.
Ada yang bertudung labuh, masuk pertandingan hafazan, tapi suka memandang rendah pada orang lain.

Pengalaman sendiri.
Juga berdasarkan pengaduan oleh beberapa teman.
Hanya mendengar luahan hati mereka yang terseksa satu-satu. Dari hati ke hati.
Senyap dan muhasabah.
Walau bagaimanapun, manusia tetap manusia, tiada sempurna sekalipun tudung labuh sehingga mencecah tanah. Saya lebih buruk daripada apa yang tulis. Ya Allah, ampunkanlah dosaku. =’((


Saya sendiri punya pengalaman. Tak akan pernah saya lupa. Ketika alam persekolahan. Waktu itu saya mengikuti sebuah seminar bersama dua teman bertudung labuh satu sekolah tetapi tidak begitu rapat. Awal seminar, ketika diberi rehat, makan. Saya sedikit lambat kalau bab makan (oh, mungkin sekarang dah upgrade sikit). Pasti orang lain yang habis dulu dan saya baru terkial-kial mengejar masa, sudah cuba yang terbaik namun apakan daya. Oleh kerana masa program sudah hampir disambung kembali, dua teman bertudung labuh tersebut meminta izin untuk pergi dahulu. Meninggalkan saya keseorangan. *sila baca ayat terakhir dengan nada yang sedih, haha xdela, saya gurau je ^_^*



Tidak mengapa. Tiada sebab untuk saya marah, memang salah saya. Saya tidak kisah. Lebih baik mereka pergi dahulu daripada dimarahi kerana berpunca daripada kelambatan saya. Saya yang salah tidak mampu mengatur masa dengan baik. Meneruskan makan seorang diri, hampir, sikit lagi. Waktu itu juga seorang teman bukan bertudung labuh menghampiri saya dan bertanya, lebih kurang pertanyaannya, (saya juga tidak ingat cara dan ayat dia tanya dulu)“sorang je?” lalu memilih untuk duduk dan menunggu saya makan.  Walaupun tak pernah kenal, sekolah berlainan, bukanlah sekolah agama, dia sanggup menemani saya walaupun waktu ketika itu sudah lambat dan peserta seminar juga sudah semakin berkurangan di dewan makan. Walaupun saya tahu dia sudi menemani saya bukan kerana dia tiada teman, tadi sahaja saya melihat dia bersama beberapa orang teman makan bersama-sama. Dia boleh sahaja memilih untuk pergi dahulu tetapi tidak. Katanya tak sanggup melihat saya makan keseorangan. *ayat dia ni menyentuh hati saya* Dan sepanjang seminar hingga hari akhir, saya berdamping dengannya. Partner. Juga sebilik.



Sungguh hati saya tersentuh. (baik, sekarang dah menitik air mata =’((  )
 Dan kini sudah ‘lost contact’ tapi sampai sekarang saya amat mahu bertemu dengannya. Amat sayang padanya. Amat rindu padanya (oh, semakin banjir) tak akan pernah luput dia daripada ingatan saya, tak akan pernah luput wajah dia daripada ingatan saya, tak akan pernah. Seorang teman yang bukan bertudung labuh yang sangat baik hati dan peramah, teman yang bukan bertudung labuh yang penuh semangat dalam diri, semangat seorang pejuang. Ya.
(amat merindukan dan menyayangi dia…Ieda, b2 rindu sangat awak….awak di mana sekarang…*peluk erat2* =’(( , =’((,  =’((, banjir di sini… )

Itu hanya secebis kisah. Banyak lagi. Cukuplah.



Waktu persekolahan. Teman yang sanggup menunggu saya, ya, kes makan lambat juga. Sabar betul mereka.
Terima kasih Marhamah, Ain, Salwa. (b2 rindu….rindu, rindu sangat *peluk erat2* =’((   )


Teman yang suka memperingatkan supaya jangan mengumpat.
Itu adalah Hasnah si budak kecik (biarlah awak besar pun, awak tetap juga adik saya, adik saya *hentak2 kaki* sayang awak, Hasnah *peluk erat2* tolong jangan jauh2 dengan b2…nak pergi Jordan juga ke…=’((   )


Teman yang mengajar menuntut ilmu itu amat penting.
Itu adalah Siti Balqis. (anak ‘Ibu’ sorang ni, hehe …sayang adik Qis sangat-sangat, jaga diri di sana *peluk erat2* =’((   )


Dan ramai lagi. Tak perlu saya tulis di sini. Hanya Allah yang bisa membalas kebaikan kalian. Terima kasih… *peluk erat2*



Berkenalan dengan Mereka Yang Bukan Bertudung Labuh.



Pernah juga saya selami hati seorang teman yang bukan bertudung labuh.
Saya lihat dan selami kata-katanya.
Dia berharap agar yang bertudung labuh jangan memandang rendah terhadap mereka.
Jangan memandang serong terhadap mereka. Jangan mengumpat mereka. Jangan mengata mereka.
Saya amat memahami hati awak, sayang.
Sayang, ketahuilah, tak semua yang bertudung labuh begitu. Mungkin hanya segelintir.



Terkadang peribadi yang ditonjolkan mereka yang bukan bertudung labuh kelihatan lebih baik berbanding mereka yang bertudung labuh. Diri hanya melihat, Allah jua Yang Maha Mengetahui segalanya.


Dia yang bukan bertudung labuh mengingatkan diri kepada kematian.
Itu adalah Qoie, b2 sayang, rindu sangat Qoie…*peluk erat2*( nak galok-galok, gila-gila dengan Qoie lagi…=’((   )


Dia yang bukan bertudung labuh mengajar erti ketabahan dan sangat caring.
Itu adalah Kila, amat suka bertanya khabar orang, riuhnya amat menceriakan, bukan riuh yang menyakitkan, ^_^. B2 sayang, rindu sangat Kila…*peluk erat2* (sedih sangat, tak jumpa Kila dah, Kila dah nak masuk Gombak, jaga diri baik-baik ye sayang =’((   )


Ramai lagi. Cukuplah. Hanya Allah yang bisa membalas kebaikan kalian. Terima kasih…*peluk erat2*



Kesimpulan.


Tidak semestinya bertudung labuh sudah tentu baik budi pekerti, berbanding mereka yang bukan bertudung labuh. Namun juga tak dinafikan, sudah tentu masih ramai yang dalaman seperti yang terzahir. Hanya segelintir yang dalaman bukan kelihatan seperti luaran. Namun, hanya Allah Maha Mengetahui. Kita tidak berhak menilai orang lain. Cukuplah menilai diri sendiri.



Sudah semestinya pemakaian tudung seperti yang disyariatkan Allah. Itu memang tidak usah dipertikaikan. Mesti mengikut piawaian Allah. Post ini bukan hendak mengatakan bagaimana harus bertudung tetapi melihat mereka. Dari sisi mereka yang bertudung labuh mahupun bukan.



Lagi sekali saya ulang.
Ada yang kata, luaran menunjukkan peribadi.
Ada yang kata tak semestinya begitu.
Saya tak nafikan, kedua-duanya betul.
Kerana itulah karangan punya bahagian ‘argument’.
Kerana itu juga MUET mempunyai bahagian ‘discussion’.
Masing-masing pasti mempunyai hujah untuk mempertahankan pendapat masing-masing kan?



Apa yang saya mahu sampaikan, berbalik kepada manusia itu sendiri.
Segala-galanya diri sendiri. Ya, diri sendiri.
Andai kata yang bukan bertudung labuh yang mempunyai pekerti mulia, dan kemudian bertudung labuh, maka orang tetap kemudian melihat pula dia sebagai gadis bertudung labuh yang baik.


Lagi, contohnya lagak seorang pencuri wanita yang merompak bank memakai tudung bawal. Kemudian bertukar memakai tudung labuh pula dan merompak bank lagi. Apakah mahu menyalahkan tudungnya? Sudah tentu orangnya kan?
Boleh dapat tak maksud saya?



Baiklah saya bagi lagi.
Katakan Facebook, kebanyakan orang memandang Facebook sebagai satu medium yang boleh membuang masa. Tetapi yang sebenarnya bukanlah Facebook itu yang salah. Facebook itu hanya wasilah. Wasilah dalam menghancurkan diri dan juga wasilah dalam membina diri. Ada orang yang menggunakan Facebook untuk tujuan yang salah namun ada juga mereka yang menggunakan Facebook sebagai wadah dakwah. Jika akhbar melaporkan ramai yang ketagih Facebook sehingga mengabaikan perkara penting yang lain, itu bukanlah salah Facebook, salah manusia itu sendiri. Dan itu seterusnya pula menggambarkan keadaan masyarakat sekarang.
Boleh dapat tak maksud saya?




Manusia itu sendiri. Bukan pemakaian yang menentukan. Pemakaian mengikut syariat sudah ditentukan tetapi hati tak semestinya seperti luaran. Tapi ada juga yang kata sudah semestinya pemakaian kelak akan mendidik hati si pemakai. Tidak juga saya nafikan. Islam itu cantik. Kerana itu kita mesti sentiasa bersangka baik, mungkin hari ini kita mendengar keburukan tentang ‘dia’, tak mustahil ‘dia’ itu nanti berubah dan menjadi lebih baik daripada kita. Jangan hanya melihat orang lain, lihat diri sendiri. Jangan hanya tahu mengkritik orang lain, tetapi sesalilah dan tilik diri sendiri.



Mahu saya beri lagi contoh?


Andai sahaja bertemu mereka yang bertudung labuh bercouple, jangan salahkan golongan bertudung labuh. Salahkan perbuatan yang dilakukan itu. Jangan pula membenci golongan yang bertudung labuh, bencikan perbuatan salah mereka. Kita tak berhak langsung untuk menilai manusia, kerana hanya Allah yang tahu siapa sebenar hamba-Nya. Buruk pada pandangan manusia tak semestinya buruk pada pandangan Allah. Siapa tahu hati manusia selain Pencipta manusia itu sendiri?


Mungkin kita lebih teruk berbanding mereka yang bertudung labuh dan bercouple, siapa tahu? Lagi sekali, lihat diri sendiri. Mungkin mereka akan berubah menjadi yang lebih baik dan lagi baik daripada mereka yang bertudung labuh tapi tidak bercouple? Lagi sekali, teropong diri sendiri.


Terlalu banyak kesimpulan yang boleh dibuat. Saya mahu berhenti. Pening sudah. Ringkasan kesimpulan sudah menjadi kesimpulan yang saling bersimpulan.
  

Benar Mahu Kesimpulan.



Pendek kata, lihat diri sendiri.
Saya juga gadis bertudung labuh.
Tapi jangan terus menyangka saya baik.
Kenali dahulu, kemudian baru membuat kesimpulan tentang seseorang.
Saya amat punya banyak kekurangan. Banyak yang perlu dibaiki.
Dan saya memerlukan mereka yang bertudung labuh mahupun bukan bertudung labuh untuk membimbing saya. Mengajar saya.


Pendek kata juga, lagi sekali saya ulang dan suka saya ingatkan diri sendiri.
Ketepikan keburukan orang lain dengan iringan doa buat mereka, lihat kebaikan dalam diri mereka dan contohi. Insafilah diri sendiri yang penuh debu-debu dosa dan titik hitam.


Orang mukmin itu sentiasa merasakan dirinya lebih hina berbanding dengan yang lain sekalipun dengan orang yang lebih tua dan sekalipun dengan kanak-kanak kecil. Orang mukmin itu apabila melakukan dosa, segera beristighfar.
Saya mahu jadi ini, Ameen.


Orang mukmin itu jika melihat, dia mengambil pelajaran. Orang mukmin itu jika berbicara dia berzikir.
Saya mahu jadi ini, Ameen.


Sekadar berkongsi apa yang dilihat.

 

Ahli Jawatankuasa Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar

Sesi 2014/2015

Yang DiPertua

Muhammad Khairul Ghazi Bin Suhaili

Fakulti Pengajian Islam

Naib Yang DiPertua I

Muhsin Bin Abllah

Fakulti Pendidikan

Naib Yang DiPertua II

Afiqah Binti Amil Husin

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Setiausaha

Nurezzah Binti Maulud-Din

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Naib Setiausaha

Wan Suhaidashima Binti Wan Jaafar

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Bendahari

Haulah Binti Razali

Fakulti Pengajian Islam

Naib Bendahari

Muhammad Noor Faez Bin Ahmad

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Publisiti

Muhamad Faisal Bin Mohd Sukerna

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimin

Muhammad Khidir Bin Jarawi

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimat

Siti Nur Aishah Binti Ahmad

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Followers

Become a Fan

kkk kkk