MEMBACA AL-QURAN || MEMAHAMI AL-QURAN || MENGAMALKAN ISI AL-QURAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Laman Utama

Friday 26 April 2013


Iqra'. Segala ilmu bermula dari pembacaan. Alangkah ruginya andai kita manusia dikurniakan akal fikiran yang baik , dikurniakan mata yang celik tidak kita gunakan untuk banyak membaca. Tahukah anda tentang asal usul kejadian manusia ? Dapatkah kita tahu tanpa adanya pembacaan ? Jawapannya sudah tentu tidak. Jarang sekali guru-guru di sekolah bercerita mengenainya. Setiap anggota badan kita ada sifatnya yang tersendiri. 


Bagaimana manusia dicipta ?

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI 

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa. 

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. 

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia. 

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya. 

Kata Ibnu Abbas : 

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat. 
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah. 
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian. 
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak. 
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan 
manusia ke lembah dosa. 
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya. 
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan. 

# Hati dari tanah Syurga Firdaus , terbukti di sini bahawa hati manusia sememangnya disifatkan untuk sukakan kebaikan seperti mana keadaan di syurga yang dipenuhi dengan kata-kata kebaikan. Jadi , ambil masa untuk berfikir tentang kehebatan Allah yang Maha Besar. SubhanAllah !

Hikayat Kijang Berekor Kasturi Bahagian 1



     Ini cerita anak-anak. Kerna molek sekali anak-anak saat mahu beradu itu didendangkan dengan kisah yang penuh hikmah buat bekal nanti berkunjung ke daerah mimpi. Entah sakit pinggang atau sakit lutut tiadalah kita pasti kerna orang tua hari ini berlagu entah apa-apa sambil memeri cerita tentang patung kayu yang hidungnya konon boleh memanjang sedepa apakala berkata penuh dusta. Sungguh itu datangnya dari barat dunia yang mana isinya tiada lain tiada bukan buat menyesat kerabat. Bimbang sekali kita tatkala besar nanti, saat ketemu teman sepermainan di sekolah yang mana hidungnya mancung meninggi, atau terserempak anak-anak warga Nepal di perkampungan setinggan hadhari, langsung dijerit dengan panggilan Pinochio. Ishh, jadi malu nenek moyang nanti. Inilah mahu kita babadkan sebuah kisah tentang kasturi. Adapun kasturi itu bukanlah yang bertikam mengamuk segala dengan Hang Tuah, akan tetapi kasturi ini tuan-tuan menjadi ia jebat-jebatan, pengubat rasa resah, penghidup hati gundah, kerna wangi-wangian itu tiada lain menjadi ia santapan roh juga buat manusia. Nanti tiadalah dikatakan tolol andai anak-anak kita bertanya dari mana asalnya kasturi. Tiada perlulah kita mereka-reka cerita kononnya kasturi adalah ia sejenis tumbuhan yang ditarik dari alam kayangan setelah seorang anak muda yang berhingus tiada kering, memanjat pohon kacang yang tinggi langit menjulang.
     Ini kisah anak-anak, mahu kita kongsikan buat bapak-bapak jua. Andai ada silap salah kita menggulung lidah, mohon kita berlindung tiada lain kepada Allah sahajalah agar tiada kita mendapat dosa sejelepuk percuma. Terus kita sembahkan sebuah hikayat tentang kijang berekor kasturi, moga-moga dengannya nanti peroleh kita pahala mencurah, dapat kita ke syurga bertemu para nabi.
     Adapun suatu masa dahulu tuan-tuan, terdapatlah sebuah lembah kering kontang, dek kerana tiada hujan sudi menyimbah. Panasnya akan tanah lembah itu hinggakan gagak yang menapak tiada mampu kembali mengepak. Nah disebelah lembah tersebut adalah sebuah negeri yang besar sekali. Hendak diperikan sebesarmana negeri itu tiadalah kita mampu kerna lidah kita ini masing-masing tiadalah sebesar manapun. Cuma yang mampu dikerja dek lidah ini hanya membesar-besar sahajalah. Oleh asbab itu jua ramai sekali akan hamba gemar membesar diri yang hina berbanding membesar Allah yang esa.
     Ini lagi kita menambah, meski negeri itu agam lagi indah, sedih sekali kerna rakyatnya miskin-miskin, botak-botak kepala semuanya. Nun di belah hujung hiduplah seekor kambing putih menyendiri, beruzlah dia tiada mahu menambah dosa membotak-botak kepala dengan alasan kononnya mualaf itu segala salah tiada menjadi punah. Jua tiada mahu dia membuka baju menunjuk pekung di serata dada berjahit huruf ‘S’ yang maksudnya entah apa. Entah ‘S’ itu Syaitan barangkali, na’udzubillah.

Adapun kambing ini ronanya tiada lain, warnanya putih gebu lebih putih dari susu yang putih memutih. Digelar oleh segala rakyat akan kambing putih ini dengan nama Aswad sahaja. Dek kerana melaratnya rakyat, langsung timbul nekad dalam hati nurani Aswad, mahu ia menjadi pengembala kambing biri-biri.
     Maka pada suatu hari yang panas, sedang Si Aswad mengembala di padang yang luas, jauh-jauh dilihat kelibat seorang perempuan berjalan kearahnya malas-malas. Setelah lama memerhati dalam-dalam, ketahuilah oleh Aswad bahawasanya dia itu didatangi oleh Tuan Puteri Shahrizad seorang diri tiada ditandu diiring segala orang istana.
     Duduk Tuan Puteri Shahrizad pada seketul batu besar, sambil tangan memegang kepala, kononnya sudah pusing dek panahan cahaya panas tajam meruncing. Apakala melihat kelakuan dibuat-buat itu lantas melimpas dalam jiwa kecil Aswad akan kata-kata tiada mulia. Terdetik dalam hatinya itu;
     ‘Ada aku kisah!’
     Namun terus sahaja dia beristighfar memohon ampun kepada Tuhan kerana salahnya dia mengungkap kata, meski tiada yang mendengar di dalam dada.  Dihampirinya akan Tuan Puteri Shahrizad itu mengangkat sembah. Dek melihatkan perbuatannya gedik-gedik itu mendapat perhatian, meluap-luap gembira dalam hati Tuan Puteri itu.
     “Ampun tuanku, apa gerangan tuanku bermuram durja. Apa cutikah badut-badut di istana?”
     Terasa diri bagai dicucuk-cucuk dengan lidi.
     “Ish, Maharaja Badut beta cuti. Lagi pula lawaknya entah apa-apa, naik geli beta melihat badut Nepal terkangkang-kangkang sengaja memakai seluar rabak berlubang. Bukan beta tiada bayar gaji buat membeli kain yang baru.”

     “Habis, tuanku melihat aurat lah gamaknya?”

     Langsung terkulat-kulat Tuan Puteri Shahrizad menahan malu.

     “Nanti dituduh pula beta kufur nikmat. Ah, tiada gunanya beta berbasi-basi lagi. Adapun tujuan utama hadir beta ke padang kamu ini Aswad, ingin sekali mendengar cerita kamu. Cerita kamu yang dulu-dulu itu gemar sekali baginda sultan mendengar sebelum beradu. Sampai habis semuanya diperi langsung terlupa hadir kemari.”

     Itulah tuan-tuan sekalian, sungguh manusia itu mudah lupa. Dahulu saat sukar sebelum kaya selalu niatnya mahu menderma, manusia mudah lupa. Dahulu saat sebelum menunai haji selalu berniat melitup kepala, manusia mudah lupa.
     Termangulah Tuan Puteri Shahrizad itu sambil melayang pandang kearah luas padang, langsung bermadah tiada kena bunyinya;
     ‘Indah mata memandang, indah lagi bahu memikul.’
     Tiada dapat ditahan dalam dada Aswad saat itu mahu membantu apa yang daya. Sudah dididik dia sedari kecil muhabat akan kedamaian. Tiada mahu berkesumat. Perlahan dilabuh punggung nan putih disebelah Tuan Puteri yang masygul menyendiri.
          “Marilah tuanku kita peri sesuatu. Kasad kita tiada lain mahu langit terus mendatar, tiada rebah menyembah bumi. Akan tetapi yang mahu digebang ini bukan sebarang kisah, tuanku. Adapun kisahnya itu janganlah dilayangkan pada yang lain, kerna kisah sebegini untuk kita-kita aja, tuanku.”
     Terus Tuan Puteri Shahrizad bangkit, menari terkinja-kinja seperti ungka tiada sedar diri buat seketika. Sudah puas dan datang semput barulah dia menadah tangan ke muka langit menyebut alhamdulillah...alhamdulillah, beberapa kali.
Menggeleng-geleng kepala Aswad hampir sahaja mahu terteleng. Sungguh perangai Tuan Puteri tiada senonoh. Pendek kata, panjang bicara, boleh sahaja dianggap Tuan Puteri ini menghidap penyakit cacat akal yang kekal dek tabiat yang suka main sandar-sandar. Suara pula kecil macam anak-anak belum tahu belajar.
     “Tuanku, ini mahu kita ingatkan kisah ini kisah kaum kita. Namun janganlah dipandang hina akan binatang kerna binatang itu boleh jadi lebih mulia daripada manusia.”
     Angguk-angguk Tuan Puteri, entah faham entah tidak.
    “Suatu zaman dahalu, lama dahulu, moyang tuanku pun masih belum dilahirkan saat itu. Di dalam rimba nan luas menebal, hidup rukun berbilang bangsa binatang. Maka telah datanglah ketentuan Tuhan, melantik Nabi Sulaiman a.s, sebagai rasul menyampai kebenaran. Besar sekalilah kerajaan baginda itu. Bertebaran berita tersebut sampai kepada segenap lapis hidupan, baik bangsa manusia, baik bangsa jin, juga bangsa haiwan. Sungguh Nabi Sulaiman a.s itu diberikan keistimewaan oleh Allah s.w.t, dapat baginda berbicara dengan haiwan, dapat jua baginda mengarah kaum jin yang sukar dijinakkan.
     Seusai berita diterima, beratur berbarislah bangsa haiwan berkumpul mahu menuju ke istana Nabi Sulaiman a.s, dengan satu niat, menyatakan bai’at, jua menyembah rasa syukur diiring ucapan gembira di hati.
     Adapun tuanku, adalah bangsa kijang dan bangsa kera itu tiada awal mahu menuju ke istana. Terasa di dalam hati bahawa diri sebagai kijang itu tiadalah sebaik mana mahu berhadapan dengan baginda. Sugullah di hati kaum kijang itu, lama sekali memendam hajat dan hasrat mahu ke istana tetapi ditahan.
     Sungguh tuanku, hati itu dinamakan hati oleh Tuhan kerna sifatnya yang berbalik-balik. Ditiupkan oleh Allah kepada hati, terus berubah bangsa kijang sekalian itu mahu menuju ke istana tiada semena-mena. Dalam perjalanan menempuh segala tabal hutan, tiada lain hanyalah mengharapkan agar kedatangan bangsa mereka itu nanti disambut baik oleh baginda Nabi Sulaiman.      
     Seharian berjalan, peluhnya bukan sedikit, puas mendaki cangkat dan bukit. Tiba jualah di istana Nabi Sulaiman.”

Bersambung...

Tutorial Menjahit Tudung Labuh dengan 7 Langkah Mudah


Langkah 1:
Sediakan barang2 yang diperlukan seperti:
-kain ela bidang 60 : 1.5meter
-tudung contoh
-gunting kain
-benang (mengikut kesesuaian warna tudung)
-jarum jahit
-jarum peniti
-kerongsang
-lilin & mancis



Langkah 2:
-bentangkan tudung (kain ela) di atas lantai dan lipatkan ia menjadi segi tiga.



Kemudian, tindihkan dengan tudung contoh.



Langkah 3:
Tandakan saiz tudung contoh pada kain ela, dan guntingkannya.


 Langkah 4:
-kemudian, ambil jarum peniti dan jarumkan pada bahagian tengah tudung untuk dijahit, dan ambil kerongsang untuk menandakan bahagian muka mengikut saiz yang sesuai.



Langkah 5:
-pilih warna benang yang bersesuaian danjahit di bahagian yang telah di jarumkan tadi dengan kemas.

 

Langkah 6:
-nyalakan lilin dan bakar sedikit tepi keliling tudung bagi mengelakkan ianya berbulu.


Langkah 7:
-inilah hasilnya, tudung sedia digosok dan dipakai ke kuliah J



Bual Buku : MANIKAM KALBU


Tidak perlu diperkenalkan lagi penulis novel ini, iaitu Saudara Faisal Tehrani, telah banyak menghasilkan pelbagai karya sama ada novel, puisi, cerpen. Dikenali sebagai penulis novel alaf baru khususnya yang aliran kontemporari islam seperti 1511H Kombat, Advencer Si Peniup Ney, 1515. FT telah menghasilkan satu novel yang cukup unik berkaitan dengan Busan Muslim, dan seperti biasa novel yang dihasilkan adalah berdasarkan ilham dari keadaan persekitaran dan konflik masyarakat. Dimana pada masa ini konsep Busana Muslim mengalami krisis kecelaruan yang melampau kerana kegagalan pereka fesyen memahami kaitan antara busana, agama Islam dan budaya melayu.

Puas!

Itulah perasaan saya apabila telah selesai membaca novel ini. Puas dengan cerita, puas dengan ilmu yang tertulis di dalamnya, puas dengan kupasan falsafahnya, dan kepuasan yang paling besar di antara semuanya adalah rasa puas dilahirkan sebagai Melayu Islam – walaupun mungkin akan ada sedikit keraguan tentang fakta tersebut.

Dilabelkan sebagai ‘novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan’. 
Dalam zaman kini, FT memperkenalkan kita dengan watak Ziryab , anak yatim piatu yang tinggal bersama neneknya, Zainon Abdullah, seorang bekas jurubusana istana yang masyhur suatu ketika, namun mula kalah dengan hidup apabila diserang alzheimer. Ziryab bersekolah teknik dalam jurusan rekaan fesyen dan sering mengagumkan rakan-rakan serta guru-gurunya melalui kehalusan dan ketelitian rekaan dan jahitannya. Selain daripada bijak mereka fesyen, Ziryab juga seorang anak remaja yang sangat elok perilaku hingga menarik perhatian rakan-rakan perempuan sekelas dan menimbulkan kecemburuan di kalangan pelajar lelaki lain.

Kita juga diperkenalkan kepada Manikam Kalbu melalui penceritaan manira, seekor kucing Madura. Manikam Kalbu adalah seorang anak kepada seorang khadam istana bernama Melekek Sukma. Manikam Kalbu hidup di zaman Sultan Muhammad Syah, sultan Melaka di zaman kegemilangannya.

Penceritaan yang dipenuhi dengan konsep pakaian yang menurut syariat dan pengertian pemakaian Melayu tradisi, saya kagum dengan segala fakta dan data yang diumpan FT dalam novel ini. Paling tertarik dan menarik, apabila Sultan Muhammad Syah menemui Tuan Guru Haji Nuh Ha Min untuk mendapatkan pandangan ulama itu mengenai pertandingan mereka busana Melayu yang terilham daripada mimpi ngeri baginda melihat puterinya Puteri Kecil Cempaka Lana yang berpakaian “serupa kafir tapi tak kafir, serupa Islam tapi tak Islam.” Tuan Guru kemudian memperihalkan 5 syarat yang patut diletakkan di dalam pertandingan tersebut.

Walaupun anda akan membacanya, saya suka juga untuk mengulang catat mengenai syarat-syarat tersebut:

Pertama : Busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.

Kedua : Busana Melayu itu pantang kainnya nipis kerana berkain baju yang tipis, disitulah tempat setan dan iblis.

Ketiga : Busana Melayu itu mestilah pantan ia berpotongan yang ketat, kerana memakai yang ketat menghilangkan agama, membinasakan adat.

Keempat : Busana Melayu itu pantang ia mengada-ada. Membuat baju harus sejudu, jangan suka meniru-niru dan menjatuhkan maruah.

Kelima : Busana Melayu itu dilarang sekali memandai-mandai, kerana apabila berpakaian memandai-mandai, aib tersingkap, malu terburai.

Indahnya syarat ini kalau kita tekuni. Malangnya, tak ramai yang mahu jadi Melayu sejati, kerana tersangat lelah usahanya. Lagi pula, siapa yang mahu memakai baju yang serupa saja potongan dan tiada variasi sedangkan fesyen bertukar setiap zaman ?

Pada zaman kini, Ziryab pula perlu memikirkan pesanan cikgu Natasya mengenai usaha “mentajdidkan busana Melayu” – mengembalikan kepada tuntutan falsafah asalnya. Pada cikgu Natasya, busana Melayu sekarang telah dilacurkan tanpa sedar oleh pereka-pereka fesyen itu sendiri kerana mereka tidak mampu menghadam falsafah pemakaian Islam dan Melayu itu. 

Sungguh saya terpegun dengan gaya penulisan FT mengolah cerita ini.
Apapun, ini antara karya FT yang puas saya baca ! Percayalah !

Nasyid Minggu Ini


Tajuk Lagu : Taubat
Nyanyian : Opick


Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

Laman Utama

Friday 12 April 2013


"Cinta yang ada , bukan sekadar cinta. Tapi ada bersamanya tanggungjawab"

Jika mengatakan cinta pada Allah , tunaikanlah tanggungjawab kita untuk melaksanakan suruhanNya. Cinta Dia yang lebih utama. Andai Dia tidak kita cintai , bagaimana mungkin kita mencintai Rasulullah , ibu bapa , ilmu , rakan-rakan dan cinta pada diri kita sendiri. 

Mid-Semester ,

Menuntut kita untuk meneruskan perjuangan , tingkatkan semangat untuk terus berjihad dalam menuntut ilmu. Ilmu Allah itu luas. Tidak tertumpu pada satu-satu bidang yang kita ceburi. Apa jua bidang/kos yang dipelajari , jadikan ia sebagai wasilah untuk kita lebih dekat dengan Allah. Jika cinta pada ilmu , tunaikanalah tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Apa gunanya belajar di universiti andai kuliah masih ponteng , ramai lagi diluar sana yang ingin belajar tp tak dipilih. Kita ! Allah yang pilih untuk belajar , cari ilmu , perluaskan ilmu itu kepada masyarakat. Apa guna belajar di universiti andai assignment tak disiapkan malah hanya menjadi peniru tegar. Ya Allah ampuni kami. Assignment itu Allah yang beri. Dia gerakkan hati pensyarah untuk beri kita assignment bertimbun kerana Dia mahu kita menjadi khalifah yang berilmu. Ibnu Sina menjadi tokoh perubatan terulung Islam kerana banyak belajarnya , Ibnu Khaldun pula pakar sejarah , politik dan ekonomi kerana kajiannya yang banyak. Kita ? Belajar pun masih merungut bagaimana mahu membantu masyarakat. 


# Selingan

Antara program yang akan menyusul dengan kerjasama Kelab Iqra' Kolej Ungku Omar , Program Kunjungan Balas Dahikmah ke UKM. Anak-anak yatim dan miskin comel yang kesemuanya seramai 45 orang akan memenuhi kolej pada 19 - 21 April 2013. Mereka hadir untuk memeriahkan Karnival Gempak Varia-C KUO. Kedatangan mereka kita nanti , moga kita menjadi contoh yang terbaik diantara yang terbaik. Adik-adik ini perlukan kita untuk memberi mereka semangat untuk belajar. Ini juga kerja dakwah kita. Sampaikanlah dan berpesan-pesanlah antara kita. Insya Allah :)

 



Bicara Muslimah #5

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum ..
Amiin ya Rabbal'alamin..

Wahai wanita cantik,
Engkau yang diciptakan dengan sangat sempurna oleh Rabbmu..
Indah dengan segala kelebihanmu yang ada

Wahai wanita cantik,
Sering kali aku melihatmu berjalan dengan baju yang sangat sederhana.
Bahan yang sederhana & ukuran yang sangat sangat sederhana.
Hingga bahagian auratmu yang harusnya tak tampak menjadi tampak..

Wahai wanita cantik,
Cukup sering aku melihat engkau jalan di depan para lelaki denga pakaian sexy-mu.
Dan para lelaki itu menatapmu dengan sangat lekat dari ujung kakimu sampai ujung rambutmu.
Mengikuti langkahmu hingga hilang dari pandangan mereka & pandangan yg menjijikkan...

Wahai wanita cantik,
Suaramu sungguh merdu.
Mendayu-dayu layaknya puteri duyung yang sedang bernyanyi.
Bening sebening sumber mata air yang mengalir..

Wahai wanita cantik..
Ketahuilah engkau begitu berharga & terlalu berharga
Engkau bagai intan berlian yang terpajang pada sebuah kotak kaca indah berkunci & terbungkus rapi..

Engkau bukan emas campuran murahan yang terpajang di chow kit & dengan seenaknya sang pembeli dapat merabamu,
memegang tubuhmu dan memakaimu hanya untuk mencoba,
lalu sang pembeli pergi..
tak jadi membelimu & mengembalikanmu di tempat yang sama !!


Bukan, engkau bukan itu wahai wanita cantik !!

Engkau intan berlian yang terpajang dalam kotak kaca indah berkunci & terbungkus rapi..
orang yang menginginkanmu tidak berhak merabamu,
memegangmu tubuhmu bahkan mencoba memakainya !!
Tidak !!
Mereka terlalu kotor untuk itu mereka harus terlebih dahulu membelimu dengan harga yang sangat mahal.
Setelah itu mereka akan dapat memilikimu sepenuhnya..

Engkau yang utuh, yang belum pernah di coba orang lain sebelumnya..

Wahai wanita cantik..
Engkau sungguh indah..
Bagai bunga mawar yang ketika orang ingin mengambilnya,
terlebih dahulu mereka harus merasakan duri pertahanan diri yang kau punya,
Bagai bunga edelweis yang ketika menginginkanmu,
terlebih dahulu mereka harus mendaki gunung ke arah ketinggian,
menentang keberanian & cuaca yang tak bersahabat.

Engkau bukan bunga bangkai yang terlihat begitu indah dari kejauhan dengan warna yang menyala yang membuat para serangga tertarik dengan warna indahmu,
namun ketika didekati, kau busuk..
ahhh baumu saja sudah membuat orang mual, apalagi memilikimu, merekapun enggan..

Wahai wanita cantik..
Jagalah amanah keindahan yang ada pada dirimu..
Berjalan saja kau terlihat menawan, belum lagi pembawaanmu yang sangat anggun,
apalagi jika kau bersuara merayu & menampakkan apa yang tak seharusnya tampak..

Ahh..jagalah itu semua saudariku,
Tutuplah auratmu agar tak ada yang berkeinginan lain terhadapmu lelaki jalanan itu tak pantas menikmati tubuhmu dengan memandangimu dengan pandangan menjijikkan itu !
mereka terlalu kotor untukmu !!


Jagalah kehormatanmu saudariku lelaki manapun yang belum halal bagimu tak pantas menyentuh tubuh & kehormatanmu,
pun atas nama cinta sungguh, cinta dan nafsu itu berbeda..

Apakah kau khuatir tidak ada yang menyayangimu dan menjagamu atas nama cinta?

Apakah kau takut tidak akan ada yang menggombal dan merayumu atas nama cinta?


Wahai saudari seakidahku..
bukan lelaki yang menginginkan tubuhmu yang sesungguhnya mencintaimu..
Lihatlah..
aku disini aku sangat sedih melihat keadaanmu sekarang..( T_T )
aku sedih melihat para lelaki itu menzalimimu. Diri ini serasa tercabik-cabik..

Lihatlah di sekitarmu..
tak hanya aku yang menginginkan ini semua yang terbaik untukmu..

Lihatlah saudara-saudara semuslim mu
Lihatlah kami..
sungguh engkau membuat air mata kami mengalir & terus mengalir dari mata-mata kami..
kami disini sedang memikirkan & berbuat sesuatu untukmu..
agar tak pernah lagi engkau dizalimi siapapun...
Lihatlah kedua orang tuamu..
apakah mereka menginginkanmu menjadi seperti ini?

Sungguh engkau bagai mutiara bagi keluargamu mutiara yang mereka jaga sejak kecilmu sampai engkau beranjak dewasa..
apakah dengan ini engkau membalasnya?

Jika kau masih kurang dengan ini,
maka lihatlah Allah Tuhanmu,
Yang Menciptakanmu,
Yang tiada henti-hentinya memberi nikmat padamu padahal tak jarang kau lupa denganNya..
Ia masih memberimu nikmat udara, nikmat hidup, nikmat kecantikan dari tubuhmu yang indah itu..

Bayangkan jika Dia tidak menyangimu,
kenapa Dia tak cabut saja nikmat wajahmu yang cantik dan tubuhmu yang indah ??
Tapi tidak meskipun engkau sering kali melupakan-Nya,
nikmat-Nya tetap terus mengalir...

Wahai saudari seakidahku..
Biarlah hanya satu lelaki paling beruntung yang dapat menikmati dirimu seutuhnya,
yakni suamimu kelak ketika ikatan antara kalian halal dan berbuah redha-Nya ketika suara mendayumu bukan lagi dosa tapi pahala..
hanya dia yang pantas, saudariku..

Wahai wanita idamanku...
Sungguh tidak ada alasan lain yang membuat aku melakukan ini selain cintaku yang begitu tinggi kepadamu..
Cintaku yang membuncah yang membuat aku memikirkanmu hingga kata-kata ini kugoreskan..

Cintaku yang menangis ketika melihat keadaanmu yang terzalimi oleh petualang ajnabi dan perbudakan hawa nafsu...


Cintaku yang akan tersenyum jika engkau berniat kembali ke jalanNya..

Mari berjalan bersamaku,
saudariku temani aku dalam perjalanan indah yang tak singkat ini menuju kepada-Nya....

Novel Isabella


Novel ini merupakan kisah nyata dari gadis Kristian bernama 

Isabella, seorang puteri kepada Pendeta tersohor di Cordova, 
sebuah kota nan indah dan bersejarah di Sepanyol.


Dia belajar agama Kristian secara mendalam dan tekun, mencuba 

untuk mencari kebenaran doktrin Kristian dengan membedah 
prinsip-prinsip dasar kekristianan. Hingga dia menemukan 
keraguan dan kejanggalan dalam ajaran Kristian. 

Tatkala kebenaran terbentang di hadapannya, ia mulai 
meninggalkan agamanya dan meraih Islam sebagai agama baru. Ia 
dengan berani dan gigih menghadapi tentangan serta siksaan 
dari ayah, guru, serta golongan Kristian di Cordova.


Isabella telah menjadi lagenda dalam sejarah  Islam dan 

Kristian. Kegigihan dalam menggenggam keyakinan telah menjadi 
inspirasi jutaan perempuan di berbagai belahan bumi. 
Sementara bagi para pengkaji, kisah Isabella tak 
pernah kering dikaji untuk mempelajari perbandingan agama.

Novel ini merupakan sebuah karya yang sangat bermanfaat,
dikemas dalam sebuah kisah yang menarik, menjelaskan 
perbandingan keyakinan Islam dan Kristian. Satu lagi karya 
klasik yang akan memberikan pencerahan pada kita. Sebuah 
novel spiritual yang menyentuh.


# siapa inginkan softcopy novel ini boleh dapatkan dari HH ^_^
 

Ahli Jawatankuasa Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar

Sesi 2014/2015

Yang DiPertua

Muhammad Khairul Ghazi Bin Suhaili

Fakulti Pengajian Islam

Naib Yang DiPertua I

Muhsin Bin Abllah

Fakulti Pendidikan

Naib Yang DiPertua II

Afiqah Binti Amil Husin

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Setiausaha

Nurezzah Binti Maulud-Din

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Naib Setiausaha

Wan Suhaidashima Binti Wan Jaafar

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Bendahari

Haulah Binti Razali

Fakulti Pengajian Islam

Naib Bendahari

Muhammad Noor Faez Bin Ahmad

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Publisiti

Muhamad Faisal Bin Mohd Sukerna

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimin

Muhammad Khidir Bin Jarawi

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimat

Siti Nur Aishah Binti Ahmad

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Followers

Become a Fan

kkk kkk