MEMBACA AL-QURAN || MEMAHAMI AL-QURAN || MENGAMALKAN ISI AL-QURAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Laman Utama

Friday 12 July 2013

Assalamualaikum
moga pembaca sekalian dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. 

Alhamdulillah tiba jua kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Bersama-sama kita gandakan amalan dan banyakkan berdoa mohon keampunan dan rahmat dariNya. Ambil peluang yang Allah beri pada kita untuk kita gunakan sebaiknya. Allah beri kita nafas , untuk kita terus mencari ilmu , mendekatkan diri padaNya. Apa gunanya jika kita diberi cuti semester andai kita hanya duduk menonton TV dua puluh empat jam ? Apa gunanya jika kita diberi masa untuk mengambil semester pendek tapi kita masih ponteng kuliah ? Allahuakbar.. alangkah ruginya diri ini ya Allah.. :'( 


Jangan pandang kejahatan orang macam dia pasti ke neraka,
jangan pandang kebaikan sendiri macam kita sendiri pasti ke syurga

Bersyukurlah kerana kita terpilih untuk melakukan tugas yang sedang kita lakukan. Baik seorang pekerja , seorang pelajar , bahkan seorang anak. Apa pun yang kita lakukan tika ini , itulah yang membentuk diri kita untuk menjadi seorang yang berguna. Bersyukurlah kerana Allah masih memelihara kita dan tidak membiarkan kita berpeleseran tidak tentu hala. Akhir kalam , berilah tazkirah wahai dai'e , kerana tazkirah itu berguna untuk kaum muslimin dan muslimat. Salam ramadhan. 

Nasyid Minggu Ini


Penyanyi : Maher Zain
Tajuk : Ramadan

Ku menantimu Saban waktu
Bangkit jiwaku
Kau suluh hatiku Dengan sinar
Kudus kasihmu
Ku harap kan terus Bersamamu selamanya
Ramadan, Ramadan , Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan , Ku mohon usah pergi

Rahmat melimpah Damainya ku rasakan
Ramadan bulan al-Quran

Mendidik jiwaku Menyuburkan iman
Ku harap kan terus Bersamamu selamanya
Ramadan, Ramadan , Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan , Ku mohon usah pergi
Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji Akan ku teruskan
Semangatmu itu Sepanjang hidupku
Oh Ramadan
Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi [2X]
Ku mohon usah pergi

Bual Buku : Secangkir Teh , Pengubat Letih



Secangkir Teh Pengubat Letih adalah naskhah yang merakam catatan kembara Abu Saif di bumi Khilafah Uthmaniyyah.

Ada yang pergi ke Turki dapat pahala, ada yang pergi ke Turki dapat dosa. Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah yang dikatakan, 'Siapa kamu menentukan cara kamu melihat'. Kesannya pula ialah, 'Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat'.


Masjid Biru , Turki

Buku Travelog Tarbiah ke Turki ini amat saya gemari kerana cara penyampaian penulis, umpama saya mendengar cerita itu terus dari 'mulut' si pencerita. Pengalaman yang dilalui oleh penulis setelah 20 kali ke Turki, diungkapkan dan diceritakan dengan amat menarik dan jelas. Benar kata penulis, orang luar menganggap Turki hari ini yang merupakan 'Turki Moden' sudah terhakis, malah hilang nilai-nilai keislaman dalam diri masyarakatnya. Namun dengan membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal ini, terbuka minda saya sejenak, bahawasanya betapa ramai penghafaz Al-Quran di Turki. Sungguh membanggakan.

Melalui buku travelog ini, saya mengetahui bahawa masyarakat Turki ini sopan-santun, ramah-tamah dan pembersih. Minuman kegemaran mereka yang kerap dihidangkan ialah teh (cay). Dengan membaca buku ini, membuatkan hati saya dipanggil-panggil untuk melihat negara Turki dengan mata dan kepala saya sendiri. 

Teh di Turki atau dikenali sebagai "cay"

Penulis menceritakan betapa indahnya pemandangan semulajadi yang terdapat di Turki ditambah lagi dengan binaan masjid-masjidnya yang indah tersergam dan penuh sejarah peninggalan pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Dengan membaca buku ini juga, banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua, selaku orang Islam supaya lebih berfikir dan memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan mengembaralah untuk mencari jejak-jejak kegemilangan Islam dari umat terdahulu supaya dengan pengetahuan itu, kita boleh bangkit semula untuk mengulang kembali zaman kegemilangan empayar umat Islam seperti dahulu.

Turki - Menjejaki rahsia keagungan Islam :)

Bicara Muslimah : Kisah Zinnirah

Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.



Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

 

Ahli Jawatankuasa Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar

Sesi 2014/2015

Yang DiPertua

Muhammad Khairul Ghazi Bin Suhaili

Fakulti Pengajian Islam

Naib Yang DiPertua I

Muhsin Bin Abllah

Fakulti Pendidikan

Naib Yang DiPertua II

Afiqah Binti Amil Husin

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Setiausaha

Nurezzah Binti Maulud-Din

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Naib Setiausaha

Wan Suhaidashima Binti Wan Jaafar

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Bendahari

Haulah Binti Razali

Fakulti Pengajian Islam

Naib Bendahari

Muhammad Noor Faez Bin Ahmad

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Publisiti

Muhamad Faisal Bin Mohd Sukerna

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimin

Muhammad Khidir Bin Jarawi

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimat

Siti Nur Aishah Binti Ahmad

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Followers

Become a Fan

kkk kkk