Buletin Kelab Iqra
Pada 27 September yang lepas, satu mesyuarat perlantikan ahli jawatankuasa baru kelab iqra’ Kolej Ungku Omar bagi sesi 2012/2013 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Selain perlantikan ahli jawatnkuasa baru, sesi mesyuarat tersebut yang telah dipengerusikan oleh saudara Tajul Aiman bin Tajul Anuar, telah menjadi satu medium awal bagi membentuk satu semangat sepasukan dan medan ta’aruf sesama ahli, terutama bagi pelajar-pelajar tahun satu yang baru mendaftarkan diri.
Hasil pengundian dan kata sepakat seramai hampir 30 orang ahli yang menghadirkan diri pada malam tersebut, maka barisan kepimpinan baru yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab bagi membentuk hala tuju kelab iqra’ adalah seperti berikut:
Ahli Jawatankuasa Kelab Iqra'
Kolej Ungku Omar
2012/2013
ss
Yang Dipertua
Tajul Aiman bin Tajul Anuar
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Naib Yang Dipertua I
Muhammad Amin bin Shaharuddin
Fakulti Pengajian Islam
Naib Yang Dipertua II
Nur Hidayu binti Halim
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Setiausaha
Izwatul Jannah binti Abd Latif
Fakulti Pengajian Islam
Bendahari
Muhammad Najib bin Mohd Amin
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Naib Bendahari
Nor Azlin binti Arshad
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
gg
Wakil Muslimin
Mohamad Hafiz bin Saidin
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
ss
Wakil Muslimat
Siti Zahidah binti Kosran
Fakulti Pengajian Islam
Selain daripada itu, dimaklumkan bahawa satu unit telah diletakkan dibawah pengelolaan Kelab Iqra’ iaitu unit jawatankuasa Surau Al-Biruni. Tujuan utama unit tersebut dibentuk adalah bagi memudah serta melicinkan pengurusan surau, dan sama-sama berganding bahu dalam mengimarahkan surau di Kolej Ungku Omar. Diharapkan agar kesemua berisan pimpinan kelab dapat sebulat hati bersatu tekad dalam menjaya dan memajukan kelab ini. Selain daripada dapat membentuk mahasiswa celik Al-Quran, juga diharap agar aktiviti yang dijalankan dapat memperkasa ibadah mahasiswa, seiring dengan kejayaan akademik.
Beberapa agenda dan cadangan program bagi kelab iqra’ sesi ini juga telah dibuka dan dilontarkan oleh ahli-ahli. Antara cadangan aktiviti yang diberikan pada malam tersebut termasuklah :
a) Pengisian aktiviti surau – disebabkan kesedaran terhadap kelompongan waktu di antara maghrib dan isya’
b) Bacaan Yassin pada malam Jumaat
c) Tadarus Al-Quran
d) Pengajian kitab-kitab agama
e) Penghasilan blog khusus bagi Kelab Iqra’
f) Aktiviti luar seperti lawatan ke Terengganu
g) Penghasilan logo baru kelab
Justeru, diharap agar semua ahli Kelab Iqra’ bagi sesi 2012/2013 ini, dapat sama-sama berganding bahu dan bekerjasama dengan barisan kepimpinan, dalam menjayakan setiap aktiviti dan mesyuarat yang akan dijalankan pada masa-masa yang akan datang. Semoga Kelab Iqra’ akan tampil menonjol sebagai sebuah kelab utama yang memperjuangkan dakwah dan isi Al-Quran.
*****
Atas inisiatif ahli jawatankuasa Kelab Iqra’ juga, blog ini telah berjaya diwujudkan mengikut konsep dan gaya penulisan yang santai dan tersendiri. Penulisan blog ini terbahagi kepada 5 kolum utama seperti berikut ;
Laman Utama : Berita-berita penting mengenai mesyuarat, aktiviti, dan pandangan ahli, dalam proses menjadikan kelab Iqra’ sebagai sebuah kelab yang memperjuangkan Al-Quran dalam hidup manusia.
Tinta Pena Kelab Iqra’ : Merujuk kepada hasil-hasil tulisan ahli-ahli kelab yang mempunyai bakat dan buah fikir dalam bidang penulisan. Terbuka kepada semua genre ilmu dan tidak terbatas. Ahli boleh mengirimkan pandangan dan karya melalui ruangan yang telah disediakan.
Bicara Muslimah : Kolum khas yang diwujudkan, atas dasar kesedaran terhadap muslimah pada hari ini. Memuatkan nasihat, permasalahan, dan asas panduan buat muslimah dalam menjalani kehidupan sebagai hiasan terbaik dunia.
Bual Buku : Satu slot khas yang memberikan huraian mengenai bahan-bahan bacaan yang santai, tetapi mempunyai isi dan moral yang tinggi. Dikupas dari pelbagai aspek ilmu, dalam mendidik remaja pada hari ini supaya mengamalkan budaya membaca.
Nasyid Hari Ini : Ruangan hiburan yang mendidik rohani. Turut dimuatkan bersama lirik-lirik lagu supaya para pembaca bukan sahaja menghayati irama, sebaliknya juga dapat menggali maksud dan pesanan yang termuat dari sudut yang tersirat.
Sebelum mengundur diri, marilah bersama-sama kita bersatu padu menyokong dan menolong usaha dakwah dan bersama-sama memupuk nilai-nilai agama dalam diri kita. Semoga segala kebaikan dapat kita sama-sama terapkan dalam amalan kehidupan seharian, kerana Ilmu Tanpa Amal Ibarat Pohon Tanpa Buah. Segala yang baik itu datang dari Allah, dan segala yang buruk itu adalah datang dari kekhilafan diri ini sendiri. Selamat menjadi muslim cemerlang, selamat melakukan amal kebaikan.
Wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.J
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
No comments:
Post a Comment