Betul.
Berkali-kali aku baca.
Banyak kali tu jugak aku menangis.
Tak nafikan ada masa-masa kita akan terasa sesak dan tak tentu arah
bila apa yang terbiasakan orang sekeliling kita tu dah jadi tak biasa.
Kita kecewa.
Aku nak tanya,
hati tu, letak sandarnya sebenar pada siapa?
***
Nahhhhh.
Sampai satu surat tepi tingkap aku.
Buat aku sedar. Banyak.
Buat aku lega. Malu jugak.
Aku rasa dia tahu,jugak rasa apa aku rasa.
Maka diingatkan ke aku,
supaya berhenti terperuk dalam rasa yang sia-sia.
Yang dekat,tak semestinya rasa yang ada jugak dekat.
Yang jauh pula,tak semestinya bawak erti jauh.
Untuk kalian yang pernah,atau sedang ada rasa “JAUH” macam aku,simpanlah gambar ni.
Percaya pelan-pelan yang tak ada suatu pun atas dunia ni tak berhikmah. Tak ada jalan cerita.
Baca—
setiap kali datang rasa yang ini.
Semat—
sampai kau boleh diam dan redha bila sampai pada kau perubahan yang tak terjangkakan nanti.
Manusia,berubah-ubah.
Sunnatullah.
Ahhh,
jangan kata ke orang,
kita pun.
Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu telah mendengar Rasulullah Sollallahu 'Alayhi Wasallam bersabda yang bermaksud;
"Mula-mula manusia yang akan diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang gugur dalam peperangan. Dia didatangkan, lalu ALLAH memperlihatkan nikmat yang telah ALLAH berikan kepadanya semasa di dunia sehingga dia melihatnya. ALLAH bertanya, "Apakah yang telah kamu buat ke atas nikmat-nikmat tersebut?". Dia menjawab "Aku berperang di jalan-MU sehingga aku gugur syahid".
ALLAH berfirman, "Kamu dusta, sebaliknya kamu berperang supaya kamu digelar seorang yang berani dan gelaran itu telah diberikan". Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka".
Lalu seseorang yang belajar ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al-Quran didatangkan, lalu ALLAH memperlihatkan nikmat-NYA yang telah diberikan kepadanya sehingga dia ditanya, "Apakah yang telah kamu buat atas nikmat tersebut?". Dia menjawab "Aku belajar ilmu serta mengajarkannya dan aku membaca Al-Quran kerana-MU".
ALLAH berfirman "Kamu berdusta, sebaliknya kamu belajar ilmu supaya disebut sebagai seorang yang 'alim dan kamu membaca Al-Quran supaya disebut sebagai qari. Dan gelaran tersebut telah diberikan". Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian orang yang ALLAH berikan dan kurniakan kepadanya berbagai-bagai jenis harta seluruhnya, dia didatangkan kepada ALLAH lalu diperlihatkan nikmat-NYA yang telah diberikan kepadanya sehingga dia melihatnya, ALLAH bertanya, "Apa yang telah kamu buat dengan nikmat-nikmat tersebut?". Dia menjawab "Aku tidak meninggalkan satu jalan yang ENGKAU sukai supaya bersedekah kerana-MU".
ALLAH berfirman, "Kamu berdusta, tetapi kamu melakukannya supaya disebut sebagai dermawan, dan gelaran tersebut telah diberikan". Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka".
[Riwayat Muslim dan An-Nasa'i]