MEMBACA AL-QURAN || MEMAHAMI AL-QURAN || MENGAMALKAN ISI AL-QURAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Santai bersama Kelab Iqra'

Sunday 27 October 2013




Laman Utama

 Assalamualaikum w.b.t

Pada 28 September yang lalu, Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Hari Interaksi Kelab Iqra’. Program yang dijalankan di sekitar UKM ini bermula sekitar jam 8.00 pagi dengan penyertaan seramai 45 orang ahli baru Kelab Iqra’ dan 12 orang fasilitator yang terdiri daripada ahli Kelab Iqra’ sedia ada dengan bantuan felo pemantau, Encik Zaidi Bin Yusoff. Hari Interaksi Kelab Iqra’ ini diadakan bertujuan merapatkan ukhwah sesama ahli Kelab Iqra’ di samping memupuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahli melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut. Hal ini penting demi melatih semua ahli kelab untuk lebih bersedia dalam memberikan komitmen terhadap setiap program yang bakal dijalankan kelak.

Antara aktiviti yang telah disusun dalam program interaksi yang berbentuk ‘Eksplorace’ tersebut ialah seperti permainan batu seremban,radio buruk,teka gaya,belon air dan sebagainya yang diadakan di beberapa lokasi yang berbeza di sekitar UKM. Lokasi yang terlibat sebagai checkpoint pada hari tersebut ialah Pusanika,Fakulti Ekonomi & Pengurusan,Tasik Kejuruteraan,Fakulti Sains & Teknologi,Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan serta Dewan Anuar Mahmud,(DAM),FST. Program eksplorace ini berakhir di Kolej Ungku Omar sekitar jam 1.00 tengah hari.

Pada sebelah malamnya pula telah diadakan Malam BBQ dan sesi bergambar yang melibatkan semua peserta ekplorace,fasilitator dan felo pemantau.


Secara keseluruhannya,program ini dilihat mendapat sambutan dan maklum balas yang baik dalam kalangan peserta yang terdiri daripada ahli-ahli baru Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar. Namun begitu,terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan yang perlu dipertimbangkan agar program interaksi yang lebih baik dapat dijalankan pada masa akan datang.

Akhir kata,barisan ahli jawatankuasa Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar sesi 2013/2014 serta fasilitator-fasilitator yang terlibat di dalam penganjuran Hari Interaksi Kelab Iqra’ KUO mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen ahli-ahli baru kelab sebagai peserta program ini. Semoga kerjasama yang baik dalam kalangan ahli kelab ini akan berterusan demi memastikan kejayaan dalam meningkatkan nama baik Kelab Iqra’ KUO. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan yang berlaku sepanjang program interaksi tersebut dijalankan. Semoga kita dapat bersama-sama memperbaikinya pada masa akan datang.Insya Allah.

                                              Sekitar Hari Interaksi


                                                      Checkpoint di Pusanika, UKM



                                             Ahli-ahli pasukan yang bersemangat waja ^____^

Gotong-royong untuk BBQ

Wajah-wajah ceria di penghujung Hari Interaksi  :')


Sakaratul Maut

Dan ( amatlah ngerinya) kalau engkau melihat ( wahai orang yang memandang ), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka ( sambil berkata ) : "Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".
( Terjemahan Surah Al-Anfal, ayat ke 50 )

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata : " Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyu pun kepadanya ; dan orang yang berkata : " Aku akan menurunkan seperti yang diturunkan Allah". Dan ( sungguh ngeri ) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakaratul-maut" ( ketika hendak putus nyawa ), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka ( memukul dan menyeksa orang-orang itu ) sambil berkata ( dengan menengking dan mengejek ) : "Keluarkanlah nyawa kamu ( dari tubuh kamu sendiri ); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina ( kamu ) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula ( menolak dengan ) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".

(Terjemahan Surah Al-An'am, ayat ke-93)


"Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang".
( H.Ibnu Abu Dunya)





Cara malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu derhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian, peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan rakaat dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukan sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah s.w.t agar diperkenankan  mengunjungi Nabi Idris a.s di dunia. Allah s.w.t mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu ke rumah Nabi Idris.

"Assalamualaikum, yaa Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail.

"Waalaikumsalam wa rahmatullah '', jawab Nabi Idris a.s

Beliau sama sekali tidak mengetahui bahawa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tetamu yang lain, Nabi Idris a.s melayan Malaikat Izrail dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s mengajaknya makan bersama namun ditolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap" Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak "tetamunya" itu berjalan-jalan ke sebuah kebun di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.



"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita", pinta Malaikat Izrail ( menguji Nabi Idris a.s )

"Subhanallah," kata Nabi Idris a.s

"Kenapa?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

"Buah-buahan ini bukan milik kita", Ungkap Nabi Idris a.s, kemudian beliau berkata :

"Semalam anda menolak makanan yang halal kini anda menginginkan makanan yang haram ".

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s memerhatikan wajah tetamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau ingin tahu tentang tetamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan? fikir Nabi Idris a.s.

"Siapakah engkau sebenarnya?" tanya Nabi Idris a.s

"Aku Malaikat Izrail" Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak terdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku?" selidik Nabi Idris a.s serius.

"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.

"Atas izin Allah, aku hanya menziarahimu" Jawab Malaikat Izrail.

"Aku ada hajat kepadamu " Tutur Nabi Idris a.s

" Apa itu? Katakanlah " Jawab Malaikat Izrail.

"Kumohon agar engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah s.w.t untuk menghidupkanku kembali agar bertambah rasa takutku kepadaNya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris a.s.

"Tanpa izin Allah, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah s.w.t memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah, maka Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah s.w.t agar menghidupkan Nabi Idris a.s kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah, Nabi Idris a.s hidup kembali.

"Bagaimanakah rasa mati itu sahabatku?" Tanya Malaikat Izrail.

"Seribu kali lebih sakit daripada binatang hidup dikuliti.'' Jawab Nabi Idris a.s

"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu" Kata Malaikat Izrail.


MasyaAllah lemah-lembutnya Malaikat Izrail Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu datang kepada kita?

BERSEDIAKAH KITA UNTUK MENGHADAPINYA?
 

Ahli Jawatankuasa Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar

Sesi 2014/2015

Yang DiPertua

Muhammad Khairul Ghazi Bin Suhaili

Fakulti Pengajian Islam

Naib Yang DiPertua I

Muhsin Bin Abllah

Fakulti Pendidikan

Naib Yang DiPertua II

Afiqah Binti Amil Husin

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Setiausaha

Nurezzah Binti Maulud-Din

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Naib Setiausaha

Wan Suhaidashima Binti Wan Jaafar

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Bendahari

Haulah Binti Razali

Fakulti Pengajian Islam

Naib Bendahari

Muhammad Noor Faez Bin Ahmad

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Publisiti

Muhamad Faisal Bin Mohd Sukerna

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimin

Muhammad Khidir Bin Jarawi

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimat

Siti Nur Aishah Binti Ahmad

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Followers

Become a Fan

kkk kkk