MEMBACA AL-QURAN || MEMAHAMI AL-QURAN || MENGAMALKAN ISI AL-QURAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 3 June 2015

NABI MELEWATKAN SOLAT ISYAK


Amalan melewatkan solat Isyak sememangnya tercatat di dalam nas atau dalil dari hadith nabawi yang mulia. Namun ada sebagai yang tersalah memahami konsep melewatkan Isyak. Ada di antara mereka yang menyangka bahawa disunatkan melewatkan Isyak untuk bangun solat malam atau qiyamullail. Sejauhmanakah kebenaran dakwaan ini? Semoga artikel ringkas dapat memberi manfaat.
Terdapat beberapa riwayat hadith yang sahih menjelaskan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam melewatkan solat Isyak pada sepertiga awal malam dan pertengahan malam sepertimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik radiyallahu ‘anhu:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ أَخَّرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ ثُمَّ صَلَّى ثُمَّ قَالَ قَدْ صَلَّى النَّاسُ وَنَامُوا أَمَا إِنَّكُمْ فِي صَلَاةٍ مَا انْتَظَرْتُمُوهَا. رواه البخاري
Maksudnya: Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhu berkata, “Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah melewatkan solat Isyak sehingga pertengahan malam, setelah mengerjakan solat lalu Baginda bersabda, “Manusia telah melaksanakan solat(awal waktu) dan tidur, manakala kamu berada di dalam solat selagimana kamu menanti ia(solat untuk didirikan)”.” (Hadith riwayat Imam al-Bukhari)
Menurut Imam Ibn Hajar al-Asqallani di dalam Fathul Bari:
واستدل بذلك على فضل تأخير صلاة العشاء ولا يعارض ذلك فضيلة أول الوقت لما في الانتظار من الفضل
Maksudnya: Dengan hadith ini dijadikan dalil mengenai kelebihan melewatkan solat Isyak, malah ia tidak bertentangan dengan fadilah solat di awal waktu kerana pada penantian solat wujudnya sebahagian fadilat.
Pensyariatan amalan melewatkan solat Isyak dikuatkan lagi dengan riwayat yang mana Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam menggalakkan umatnya agar melewatkan solat tersebut, sepertimana yang diriwayatkan di dalam sepotong hadith:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ أَنْ يُؤَخِّرُوا الْعِشَاءَ إلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ أَوْ نِصْفِهِ .رواه الترميذي وابن ماجه
Maksudnya: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika aku tidak menyusahkan umat-ku, nescaya aku perintahkan mereka supaya melewatkan solat Isyak sehingga sepertiga malam atau sebahagiannya.” (Hadith Imam Tirmizi dan Ibn Majah)
Namun begitu ada riwayat yang menyatakan bahawa Baginda tidak sentiasa melewatkan solat Isyak, malah Baginda bertukar-tukar waktu perlaksanaannya berdasarkan beberapa situasi, seperti yang dinyatakan dalam riwayat di bawah:
عن جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللهِ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ - صلى الله عليه وسلم - يُصَلِّي الظُّهْرَ بِالْهَاجِرَةِ، وَالْعَصْرَ وَالشَّمْسُ حَيَّةٌ بَيْضَاءُ نَقِيَّةٌ، وَالْمَغْرِبَ إِذَا وَجَبَتِ الشَّمْسُ، وَالْعِشَاءَ أَحْيَانًا كَانَ إِذَا رَآهُمْ قَدِ اجْتَمَعُوا عَجَّلَ، وَإِذَا رَآهُمْ قَدْ أَبْطَئُوا أَخَّرَ. متفق عليه
Maksudnya: Jabir bin Abdullah Radiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan solat Zuhur ketika panas terik, solat Asar ketika matahari masih cerah, solat Maghrib setelah terbenam matahari dan solat Isyak adakalanya awal dan adakala dilewatkan. Apabila Baginda melihat orang ramai telah berkumpul (di masjid) maka Baginda akan mendirikan solat Isyak pada awal waktu, apabila Baginda mendapati mereka lewat berkumpul, maka Baginda akan melewatkan Isyak.” (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

APAKAH SEBAB NABI MELEWATKAN ISYAK?

Antara sebab Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam melewatkan solat Isyak untuk memberi ruang kepada para sahabat mendapat pahala yang besar kerana menunggu solat didirikan, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Syamsuddin al-Kirmani di dalam Syarah Sahih Bukhari beliau:
وفيه إباحة تأخير العشاء إذا علم أن بالقوم قوة على انتظارها ليحصل لهم فضل الانتظار لأن المنتظر للصلاة فى صلاة.
Maksudnya: Hadith ini menunjukkan keharusan melewatkan solat Isyak jika diketahui bahawa orang ramai mempunyai keupayaan menunggu solat supaya memberi peluang kepada mereka untuk mendapat ganjaran fadilah menunggu solat, ini kerana menunggu solat untuk didirikan (pahalanya) sama seperti menyerjakan solat.
Perkara yang sama juga telah dinyatakan oleh Imam Hajar al-Asqallani di dalam Fathul bari:
واستدل بذلك على فضل تأخير صلاة العشاء ولا يعارض ذلك فضيلة أول الوقت لما في الانتظار من الفضل.
Maksudnya: Dengan hadith ini dijadikan dalil mengenai kelebihan melewatkan solat Isyak, malah ia tidak bertentangan dengan fadilah solat di awal waktu kerana pada penantian solat wujudnya sebahagian fadilat.
Sebab yang lain, menurut sebahagian ulama bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak suka tidur sebelum melaksanakan solat Isyak dan tidak suka bercakap selepas melaksanakan solat Isyak.
Jika solat Isyak didirikan pada awal waktu maka lebih terdedah untuk berbicara dengan keluarga dan sahabat handai kerana malam masih lagi muda. Oleh itu Baginda Memilih untuk melewatkan Isyak supaya tidur sejurus solat Isyak. Perkara ini berdasarkan riwayat hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya:
عن أبى برزة أنَ رسول الله صلى الله عليه وسلم كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا.
Maksudnya: Abu Barzah Radiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak suka tidur sebelum Isyak dan tidak suka bercakap selepas Isyak. (Hadith riwayat Imam al-Bukhari)

HIKMAH NABI TIDAK SUKA TIDUR DAN BERCAKAP

Menurut al-Imam al-Hafidz Ibn al-Mulaqqin mengenai sebab Baginda tidak suka tidur sebelum solat Isyak di dalam karangan beliau ‘al-I’laam bi Fawaid Umdah al-Ahkam’ (الإعلام بفوائد عمدة الأحكام, ابن الملقن الشافعي المصري: كتاب الصلاة, باب المواقيت):
كره النوم قبلها خشية التمادي فيه إلى خروج وقتها المختار أو الضروري أو لخشية نسيانها.
Maksudnya: Baginda SAW tidak suka tidur sebelum Isyak kerana ditakuti tidur yang terlebih waktu sehingga terkeluar dari waktu pilihan(hingga pertengahan malam) atau waktu darurat(melepasi pertengahan malam), atau pun ditakuti terlupa untuk melaksanakannya.
Manakala hikmah mengapa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak suka bercakap selepas melaksanakan solat Isyak juga dinyatakan oleh Imam Ibn al-Mulaqqin dalam rujukan yang sama:
وكره الحديث بعدها أي بعد فعلها، إما لخشية أن ينام عن الصبح بسبب سهره أول الليل، وإما لخشية الوقوع في الغلط واللغو, وما لا ينبغي أن يختم به اليقظة.
Maksudnya: Baginda tidak suka berbicara selepas Isyak iaitu selepas mendirikan solat tersebut, samaada takut tertidur sehingga masuk waktu subuh disebabkan berjaga di awal malam, atau pun takutkan berlakunya kesalahan dan perkara sia-sia (di dalam perbicaraan). Maka tidak sepatutnya dalam keadaan berjaga(sebelum tidur) ditutupi dengan amalan sebegini.
Menurut beliau lagi:
سبب كراهة الحديث بعدها أن الصلاة قد كفرت خطاياه فينام على سلامة وقد ختم كتاب صحيفته بالعبادة.
Maksudnya: Sebab tidak suka berbicara selepas (melaksanakan) Isyak kerana solat (fardu) menghapus kesalahan-kesalahan(dosa-dosa), maka Baginda (suka) tidur dalam keadaan selamat (dari perkara yg sia-sia) dan kitab amalan ditutupi dengan amalan ibadah.

ADAKAH AMALAN INI KERAP DILAKUKAN OLEH BAGINDA?

Merujuk kepada hadith sebelum ini yang diriwayatkan oleh Saidina Jabir bin Abdullah Radiyallahu ‘anhu bahawa Sallallahu ‘alaihi wa sallam adakala melaksanakan solat Isyak pada awal waktu dan kadangkala melewatkannya. Namun persoalannya yang mana lebih kerap? Al-Hafiz al-‘Iraqi ada menjelaskan di dalam karangannya ‘Torh al-Tathrib fi Syarh al-Taqrib’(في كتاب الصلاة):
فأجمعوا لذلك على استحبابه ولم يواظب على تأخير العشاء بل كان الغالب عليه تقديمها وأخرها مرة قبل أن يفشو الإسلام وكان يؤخرها أحيانا دون ذلك فكان الأفضل تقديمها لغلبة ذلك من فعله.
Maksudnya: Oleh itu para ulama bersepakat atas sunat melewatkan Isyak dan Baginda tidak selalu/sering melewatkan solat Isyak bahkan Baginda kebiasaannya mendirikan ia pada awal waktu, Baginda pernah melewatkan ia satu kali sebelum menyebarkan Islam(fatrah Makkiyyah). Baginda adakalanya melewatkan Isyak selain dari waktu itu. Apa yang lebih afdal ialah mendirikannya pada awal waktu kerana itu kebiasaan yang dilakukan oleh Baginda.
Antara sebab Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mendirikan Isyak pada awal waktu kerana memikirkan keadaan para sahabat nabi yang mana di antara mereka yang tidak mampu menunggu lama, sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri Radiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إن الناس قد صلوا وأخذوا مضاجعهم، وإنكم لن تزالوا في صلاة ما انتظرتم الصلاة، ولولا ضعف الضعيف، وسقم السقيم لأخرت هذه الصلاة إلى شطر الليل .أخرجه الإمام أحمد، وأبو داود، والنسائي، وابن ماجه وابن خزيمة
Maksudnya: Sesungguh orang ramai telah mendirikan solat(Isyak) dan tidur, sedangkan kalian masih berada dalam keadaan solat selagi mana kalian menanti solat untuk didirikan, jika tiada kelemahan orang tidak berupaya dan kesakitan orang yang sakit nescaya akan aku lewat solat ini sehingga di pertengahan malam. (Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ie)
Menurut Imam Ibn Battal di dalam Syarah Sahih al-Bukhari (باب مواقيت الصلاة وفضلها, باب وقت العشاء إذا اجتمع الناس أو تأخروا):
وكان رسول الله يستحب تأخير العشاء، ويكره ما يشق على أمته من طول انتظارها؛ لأنه كان رءوفًا بالمؤمنين، فلذلك كان يعجلها إذا اجتمعوا.
Maksudnya: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menggalakkan agar Isyak dilewatkan dan Baginda tidak suka menyusahkan umatnya dari menunggu lama, ini kerana Baginda seorang yang sangat penyayang pada orang mukmin, oleh sebab itu Baginda memperawalkan Isyak apabila mereka sudah berkumpul (di masjid).
TAMBAHAN:
1. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam melewatkan solat Isyak secara berjemaah dengan para sahabat, maka tidak sepatutnya seseorang lelaki tidak berjemaah di masjid atau surau atas alasan melewatkan solat Isyak.
2. Solat Isyak berjemaah di masjid/surau adalah jauh lebih afdal berbanding melewatkan Isyak secara bersendirian.
3. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam melewatkan Isyak bukan kerana ingin menyambung qiyamullail, sedangkan Baginda mendirikan qiyamulail pada dua pertiga malam, manakala Baginda melewatkan Isyak antara sepertiga dan pertengahan malam dan tiada riwayat Baginda melewatkan sehingga dua pertiga malam.
4. Dalam riwayat yang sahih Baginda tidur dahulu sebelum bangun untuk qiyamullail sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radiyallahu ‘anhu.
5. Menurut sebahagian ulama, hikmah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam melewatkan Isyak untuk tujuan menghidupkan waktu antara maghrib dan sebelum solat Isyak diisi dengan amal ibadah selain meluangkan masa bersama keluarga.
6. Kaum wanita yang tidak berjemaah di masjid atau surau dibolehkan melewatkan solat Isyak dengan niat menghidupkan sunnah Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, tetapi bukan tujuan untuk qiyamullail, ini kerana ramai di kalangan ulama meletakkan hukum makruh jika Isyak didirikan melepasi pertengahan waktu malam.
7. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam insan yang tidak mungkin melakukan perkara yang sia-sia, namun baginda berperanan mendidik para sahabat, keluarga dan umat agar tidak melakukan perkara yang tidak bermanfaat seperti berjaga malam atau tidur lewat untuk berborak-borak tentang perkara tiada faedah, melainkan atas tujuan ilmu, perkara yang bermanfaat dan mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.
Wallahu A'lam
Abu Ruqayyah Ba 'Alawi
(FB: https://www.facebook.com/syed.shahridzan)

Perkongsian Buat Yang Bersandar- Salam Peperiksaan

Tuesday 23 December 2014



Betul.
Berkali-kali aku baca.
Banyak kali tu jugak aku menangis.
Tak nafikan ada masa-masa kita akan terasa sesak dan tak tentu arah bila apa yang terbiasakan orang sekeliling kita tu dah jadi tak biasa.
Kita kecewa.
Aku nak tanya,
hati tu, letak sandarnya sebenar pada siapa?
***
Nahhhhh.
Sampai satu surat tepi tingkap aku.
Buat aku sedar. Banyak.
Buat aku lega. Malu jugak.
Aku rasa dia tahu,jugak rasa apa aku rasa.
Maka diingatkan ke aku,
supaya berhenti terperuk dalam rasa yang sia-sia.
Yang dekat,tak semestinya rasa yang ada jugak dekat.
Yang jauh pula,tak semestinya bawak erti jauh.
Untuk kalian yang pernah,atau sedang ada rasa “JAUH” macam aku,simpanlah gambar ni.
Percaya pelan-pelan yang tak ada suatu pun atas dunia ni tak berhikmah. Tak ada jalan cerita.
Baca—
setiap kali datang rasa yang ini.
Semat—
sampai kau boleh diam dan redha bila sampai pada kau perubahan yang tak terjangkakan nanti.
Manusia,berubah-ubah.
Sunnatullah.
Ahhh,
jangan kata ke orang,
kita pun.

3 Manusia yang Berdialog Dengan ALLAH

Monday 13 October 2014



Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu telah mendengar Rasulullah Sollallahu 'Alayhi Wasallam bersabda yang bermaksud;

"Mula-mula manusia yang akan diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang gugur dalam peperangan. Dia didatangkan, lalu ALLAH memperlihatkan nikmat yang telah ALLAH berikan kepadanya semasa di dunia sehingga dia melihatnya. ALLAH bertanya, "Apakah yang telah kamu buat ke atas nikmat-nikmat tersebut?". Dia menjawab "Aku berperang di jalan-MU sehingga aku gugur syahid".

ALLAH berfirman, "Kamu dusta, sebaliknya kamu berperang supaya kamu digelar seorang yang berani dan gelaran itu telah diberikan". Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka".

Lalu seseorang yang belajar ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al-Quran didatangkan, lalu ALLAH memperlihatkan nikmat-NYA yang telah diberikan kepadanya sehingga dia ditanya, "Apakah yang telah kamu buat atas nikmat tersebut?". Dia menjawab "Aku belajar ilmu serta mengajarkannya dan aku membaca Al-Quran kerana-MU".


ALLAH berfirman "Kamu berdusta, sebaliknya kamu belajar ilmu supaya disebut sebagai seorang yang 'alim dan kamu membaca Al-Quran supaya disebut sebagai qari. Dan gelaran tersebut telah diberikan". 
Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka.

Kemudian orang yang ALLAH berikan dan kurniakan kepadanya berbagai-bagai jenis harta seluruhnya, dia didatangkan kepada ALLAH lalu diperlihatkan nikmat-NYA yang telah diberikan kepadanya sehingga dia melihatnya, ALLAH bertanya, "Apa yang telah kamu buat dengan nikmat-nikmat tersebut?". Dia menjawab "Aku tidak meninggalkan satu jalan yang ENGKAU sukai supaya bersedekah kerana-MU".
ALLAH berfirman, "Kamu berdusta, tetapi kamu melakukannya supaya disebut sebagai dermawan, dan gelaran tersebut telah diberikan". Kemudian diperintahkan supaya wajahnya diseret dan dilemparkan ke dalam neraka".

[Riwayat Muslim dan An-Nasa'i]

Santai bersama Kelab Iqra'

Sunday 27 October 2013




Laman Utama

 Assalamualaikum w.b.t

Pada 28 September yang lalu, Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Hari Interaksi Kelab Iqra’. Program yang dijalankan di sekitar UKM ini bermula sekitar jam 8.00 pagi dengan penyertaan seramai 45 orang ahli baru Kelab Iqra’ dan 12 orang fasilitator yang terdiri daripada ahli Kelab Iqra’ sedia ada dengan bantuan felo pemantau, Encik Zaidi Bin Yusoff. Hari Interaksi Kelab Iqra’ ini diadakan bertujuan merapatkan ukhwah sesama ahli Kelab Iqra’ di samping memupuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahli melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut. Hal ini penting demi melatih semua ahli kelab untuk lebih bersedia dalam memberikan komitmen terhadap setiap program yang bakal dijalankan kelak.

Antara aktiviti yang telah disusun dalam program interaksi yang berbentuk ‘Eksplorace’ tersebut ialah seperti permainan batu seremban,radio buruk,teka gaya,belon air dan sebagainya yang diadakan di beberapa lokasi yang berbeza di sekitar UKM. Lokasi yang terlibat sebagai checkpoint pada hari tersebut ialah Pusanika,Fakulti Ekonomi & Pengurusan,Tasik Kejuruteraan,Fakulti Sains & Teknologi,Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan serta Dewan Anuar Mahmud,(DAM),FST. Program eksplorace ini berakhir di Kolej Ungku Omar sekitar jam 1.00 tengah hari.

Pada sebelah malamnya pula telah diadakan Malam BBQ dan sesi bergambar yang melibatkan semua peserta ekplorace,fasilitator dan felo pemantau.


Secara keseluruhannya,program ini dilihat mendapat sambutan dan maklum balas yang baik dalam kalangan peserta yang terdiri daripada ahli-ahli baru Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar. Namun begitu,terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan yang perlu dipertimbangkan agar program interaksi yang lebih baik dapat dijalankan pada masa akan datang.

Akhir kata,barisan ahli jawatankuasa Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar sesi 2013/2014 serta fasilitator-fasilitator yang terlibat di dalam penganjuran Hari Interaksi Kelab Iqra’ KUO mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen ahli-ahli baru kelab sebagai peserta program ini. Semoga kerjasama yang baik dalam kalangan ahli kelab ini akan berterusan demi memastikan kejayaan dalam meningkatkan nama baik Kelab Iqra’ KUO. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan yang berlaku sepanjang program interaksi tersebut dijalankan. Semoga kita dapat bersama-sama memperbaikinya pada masa akan datang.Insya Allah.

                                              Sekitar Hari Interaksi


                                                      Checkpoint di Pusanika, UKM



                                             Ahli-ahli pasukan yang bersemangat waja ^____^

Gotong-royong untuk BBQ

Wajah-wajah ceria di penghujung Hari Interaksi  :')


 

Ahli Jawatankuasa Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar

Sesi 2014/2015

Yang DiPertua

Muhammad Khairul Ghazi Bin Suhaili

Fakulti Pengajian Islam

Naib Yang DiPertua I

Muhsin Bin Abllah

Fakulti Pendidikan

Naib Yang DiPertua II

Afiqah Binti Amil Husin

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Setiausaha

Nurezzah Binti Maulud-Din

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Naib Setiausaha

Wan Suhaidashima Binti Wan Jaafar

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Bendahari

Haulah Binti Razali

Fakulti Pengajian Islam

Naib Bendahari

Muhammad Noor Faez Bin Ahmad

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Publisiti

Muhamad Faisal Bin Mohd Sukerna

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimin

Muhammad Khidir Bin Jarawi

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimat

Siti Nur Aishah Binti Ahmad

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Followers

Become a Fan

kkk kkk