MEMBACA AL-QURAN || MEMAHAMI AL-QURAN || MENGAMALKAN ISI AL-QURAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Laman Utama

Wednesday 13 March 2013



Program Aktiviti Kembara Perkukuh Jalinan
Anjuran Sekretariat Kerohanian & Kelab Iqra'
Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia
 
 
 
 
Assalaamualaikum w.b.t
 
Pada 1-3 Mac yang lalu, Sekretariat Kerohanian dengan kerjasama Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar Universiti Kebangsaan Malaysia, telah mengadakan satu aktiviti di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Hikmah, bertempat di Gopeng, Perak.
Aktiviti yang bertemakan “Tekad Dibentuk, Erat Diperkukuh” merupakan lanjutan daripada siri lawatan pertama yang telah berjaya dijalankan pada tahun yang lalu. Antara aktiviti yang yang dijalankan sepanjang program pada kali ini termasuklah perlawanan persahabatan bola sepak antara pelajar Kolej Ungku Omar dan penghuni Dahikmah, tayangan filem, permainan berkumpulan, lawatan ke Sungai Kelah, dan lain-lain.
Selain daripada merasai sendiri kehidupan anak-anak yatim di sana, para peserta secara tidak langsung juga dapat menyelami perasaan anak-anak yatim yang tidak mendapat kasih saying daripada ibu bapa mereka, sepertimana kanak-kanak yang lain. Hal ini sudah semestinya membangkitkan rasa insaf dalam kalangan peserta, juga menyemai sifat ingin membantu terhadap insan lain yang lebih memerlukan.
Secara keseluruhannya, aktiviti tersebut dilihat berjaya menyambung ukhwah yang telah terjalin antara para penghuni Dahikmah dengan para pelajar Kolej Ungku Omar. Diharap, program sebegini dapat terus disambung, dan dijayakan lagi pada tahun-tahun yang akan dating.
Insya Allah…
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Santai Bersama Kelab Iqra'

Tinta Pena Kelab Iqra'

 
 
CABARAN DALAM BERJIHAD
 
 



Tidak ada satu cita-cita dapat dicapai tanpa usaha dan perjuangan. Lebih-lebih lagi apabila usaha dalam memperjuangkan agama Allah s.w.t. Ia adalah jihad. Sejak dahulu lagi jihad yang menjadi polemik diantara ulama. Jihad dalam Islam bermula dari penyebaran dakwah dan diakhiri dengan peperangan (qital).


Kalimah jihad berasal daripada perkataan Arab “Al-Juhd” yang bermaksud kekuatan. Manakala dari segi istilah pula Jihad adalah bermaksud bersungguh-sungguh dalam mencurahkan segala kemampuan dan tenaga dalam qital memerangi kuffar dan mempertahankan diri dari kejahatan mereka termasuklah menahan serangan mereka dengan jiwa, harta dan lisan. (Abdul Qadir Djaelani,2001)


Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi ke-4, perkataan cabaran dari segi bahasa bermaksud tentangan atau sesuatu yang mencabar. Dari istilah pula, cabaran adalah sesuatu yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesebuah organisasi itu untuk mencapai matlamatnya.


 
·         Politik
 
Negara yang diredhai Allah s.w.t perlu diwujudkan kerana negara yang sebeginilah yang akan memakmurkan syariat Islam. Bagi mereka yang telah menegakkan dan membela agama Allah s.w.t di muka bumi ini,Allah s.w.t telah berjanji akan membela mereka pula sebagai ganjaran atas usaha mereka itu.
Firman Allah s.w.t :
“Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
                                                                                              (Surah Muhammad 47:7)
·      Ekonomi.
 
 Jika kita menyingkap kembali sejarah perjuangan baginda Nabi Muhammad s.a.w, pada perjalanan jihad Nabi dalam berjihad juga mendapat sekatan dan halangan. Namun cabaran seperti ini sedikitpun tidak melemahkan usaha baginda s.a.w serta umat pengikut baginda kala itu. Di mana sewaktu peristiwa hijrah baginda ke Makkah, terlebih dahulu Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut baginda telah berhadapan dengan satu agenda kafir Quraisy saat itu. Dimana puak kafir Quraisy telah menjalankan sekatan ekonomi secara besar-besaran bagi mematahkan semangat ummat Islam untuk terus mentauhidkan Allah s.w.t. Maka dengan itu Allah s.w.t telah menurunkan ayat bagi memulihkan semangat hamba-hambanya yang lemah.
 
Allah berfirman :
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.”
 (Surah Ali Imran Ayat 3:139)
·         Sosial.
Ayuh diselidiki lapangan sosial masa kini, dapat kita lihat bahawa gerakan-gerakan yang berjihad ini terlalu kecil dan sedikit jika dibandingkan dengan golongan-golongan lain seperti golongan artis dan penyanyi yang saban hari semakin terkehadapan dalam kehidupan masyarakat kita. Masalah yang dapat disimpulkan di sini adalah dengan adanya bantuan media massa seperti media elektronik dan media cetak. Hal yang demikian berlaku kerana sokongan daripada media massa seperti ini amat berpengaruh pada masa kini dan pendekatan seperti ini dilihat lebih ‘dekat di hati’ masyarakat. Masakan tidak, sekiranya hari-hari masyarakat kita disajikan dengan hiburan tanpa henti, drama yang melalaikan dan kurang pengajaran di dalamnya. Maka lihatlah pengaruh media massa dalam mencabar usaha jihad yang sedang kita usahakan kini.
         Kesimpulannya, dalam perlaksanaan Jihad, selain memerlukan kebulatan tekad yang utuh, Jihad juga memerlukan ilmu dan keterampilan yang menepati aspek nilai seorang muslim. Oleh yang demikian sebelum melangkah dengan usaha keras dalam berjihad, hendaklah kita mempersiap diri untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan dalam berjihad. Pasti dan pasti setiap apa yang dilakukan kerana Allah ianya akan tercatat pada buku amalan dan akan dihisab oleh-Nya kelak.
 



SECAWAN TEH DINGIN, SEBUAH BUKU YANG HANGAT
"Tuhan tak pernah memaksa"
 
 
 


TUHAN TAK PERNAH MEMAKSA



Karya Dr. Abdul Aziz Bin Ahmad



Buku berjudul “Tuhan Tak Pernah Memaksa” adalah karya Dr. Abdul Aziz Bin Ahmad. Buku ini adalah berkisar tentang tentang sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang pendakwah dalam menghadapi kepelbagaian persekitaran dalam kehidupan seharian.


Tugas menyebarkan dakwah adalah satu tugas yang sangat mulia, malah menjadi tanggungjawab setiap muslim menyampaikan kebaikan Islam kepada saudaranya yang lain. Malangnya, ramai dalam kalangan kita tidak mengetahui cara-cara menyebarkan dakwah mengikut landasan dan kaedah yang tepat. Kita sebagai pelajar universiti yang menuntut ilmu di bumi Allah ini juga tidak terkecuali untuk melaksanakan amanah dakwah ini yang telah diamanahkan oleh Allah kepada semua hambanya.


Sebagai pelajar yang terdiri dari pelbagai bidang pengajian, kita mestilah mempunyai sifat seorang pendakwah dalam diri kita. Dalam kehidupan seharian kita, kita perlulah sentiasa berdakwah antara satu sama lain. Sebagai contoh, kita berdakwah kepada rakan sebilik kita, rakan sekursus dengan kita, dan tidak salah juga, kita berdakwah kepada rakan-rakan yang berlainan agama dengan kita, dengan cara menerangkan secara perlahan-lahan tentang Islam kepada mereka agar mereka tertarik kepada Islam.


Dengan adanya buku ini, dapat menerangkan kepada kita berkaitan sifat-sifat yang perlu ada kepada seorang pendakwah . Sifat-sifat ini perlu dimiliki oleh seorang pendakwah bagi menjadikannya seorang pendakwah yang berjaya menyampaikan dakwah kepada orang lain.
 


Antara sifat yang perlu ada ialah:

1.0 IKHLAS BERAMAL KERANA ALLAH.

Seorang pendakwah haruslah mengikhlaskan perbuatannya hanya kerana Allah. Hal ini demikian kerana, hanya amalan yang ikhlas sahaja yang akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.


2.0 MENDIDIK DAN MEMPERBAIKI JIWA

Antara perkara penting yang perlu ada pada seorang pendakwah adalah berusaha untuk memperbaiki jiwanya sendiri dengan cara beribadah kepada Allah S.W.T. Sifat sentiasa mengecam orang lain sahaja adalah satu sifat yang salah bagi seorang pendakwah. Hal ini demikian kerana, seorang pendakwah yang baik adalah pendakwah yang sentiasa mengecam diri orang lain, di samping tidak lupa untuk mengecam diri sendiri.


3.0 BERILMU DAN WARA’

Seorang pendakwah mestilah memiliki pengetahuan mengenai apa yang dilakukannya dalam menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar. Ilmu adalah bekal utama seorang pendakwah. Pelbagai ilmu perlu dikuasai oleh seorang pendakwah samada ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi.

Wara’ adalah perkara penting bagi seorang pendakwah, Hal ini demikian kerana wara’ adalah dasar untuk ibadah diterima oleh Allah, sekaligus menjadi pengantar untuk seseorang menjadi zuhud. Oleh itu, seorang pendakwah perlulah bersifat wara’ bagi menjadikan dakwahnya diterima oleh orang ramai.


4.0 KASIH SAYANG, DAN PEMAAF

Metod terbaik yang digunakan oleh para Nabi adalah memulai dakwah dengan kasih sayang, kelembutan, berhikmah,nasihat ke arah kebaikan dan memaafkan orang lain. Metod ini akan membuatkan individu yang menerima dakwah berasa disayangi, sehingga dengan sendirinya akan membuka hati mereka untuk menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. Justeru, metod yang digunapakai oleh para Nabi ini, perlu dicontohi oleh pendakwah-pendakwah masa kini.


5.0 BERKEYAKINAN DIRI, BERFIKIR MENDALAM DAN TIDAK TERGESA-GESA

Antara sifat yang harus dimiliki seorang pendakwah ialah berkeyakinan diri, berfikiran mendalam dan tidak tergesa-gesa. Ketika menjalankan dakwah, seorang pendakwah perlulah yakin menyampaikan dakwahnya. Pendakwah juga perlu berfikir dengan mendalam terlebih dahulu sebelum bertindak dan tidak boleh tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu tindakan.


6.0 SABAR

Sifat yang paling penting yang mesti dimiliki oleh pendakwah adalah sabar. Hal ini demikian kerana, seseorang pendakwah perlu menghadapi segala kesakitan dan cubaan samada cubaan jiwa, raga dan harta ketika menyampaikan dakwah. Cabaran-cabaran ini perlu dihadapi dengan penuh kesabaran kerana sesungguhnya usaha dakwah itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah yang memerlukan kesabaran yang tinggi


7.0 BERAKHLAK MULIA DAN MENJAUHI SIFAT MARAH

Sesungguhnya, antara sifat seorang pendakwah adalah berakhlak mulia. Dengan adanya akhlak mulia yang dimiliki, akan menyebabkan penerima dakwah mencontohi akhlak terpuji yang dimiliki pendakwah. Seseorang pendakwah juga mestilah sentiasa menjauhi sifat marah. Hal ini demikian kerana, dalam menjalankan usaha dakwah, pastinya akan ada pelbagai cabaran dan dugaan yang boleh menyebabkan seseorang pendakwah menjadi marah. Oleh itu, pendakwah perlulah mengawal emosi dan sifat marahnya agar dirnya tidak ditakuti oleh orang ramai.


8.0 TIDAK MEMBUKA AIB

Seseorang pendakwah perlulah sentiasa mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada seluruh manusia. Pendakwah tidak boleh mengorek rahsia, mencari kesalahan orang lain dan pendakwah juga tidak boleh membuka aib individu yang didakwahnya. Segala keburukan dan kesalahan orang yang didkwahnya, perlulah disimpan agar tidak diketahui oleh orang lain.


Konklusinya, usaha dakwah bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini demikian kerana, pelbagai rintangan perlu dihadapi oleh seseorang pendakwah. Walaubagaimanapun, kita janganlah takut untuk menjadi seorang pendakwah, kerana menjadi pendakwah adalah satu kewajiban bagi setiap manusia.


Justeru, dengan adanya buku ini, dapatlah memberikan kita input-input berguna bagi menjadikan diri kita seorang pelajar Universiti pendakwah yang berjaya berdakwah kepada orang lain. Walaupun tujuan utama kita di Universiti ini adalah untuk menuntut ilmu, tetapi, kita jangan lupa bahawa kita juga ada tanggungjawab untuk berdakwah kepada orang lain. Usaha dakwah ini adalah satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah S.W.T kepada semua hambanya, tidak mengira usia dan tidak mengira taraf pendidikan


Oleh itu, setiap pelajar khususnya, dan setiap insan di muka bumi ini amnya ,haruslah mempunyai buku ini. kerana, pelbagai ilmu yang terdapat di dalam buku ini boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita bagi menjadikan diri kita seorang pelajar Universiti pendakwah yang berjaya berdakwah kepada semua manusia.

 

Nasyid Minggu Ini

 
 
Tajuk Lagu : Insya Allah
Nyanyian : Debu
Tajuk Album : Mabuk Cinta
 
 


 
 

Insya Allah

Semoga hati memuji Allah(Insya Allah, insya Allah)
Semoga dijaga dari salah
(Insya Allah, insya Allah)
Semoga nur menerangi wajahmu
(Insya Allah, insya Allah)
Semoga cahaya masuk hatimu
(Insya Allah, insya Allah)
Semoga lidah ingat pada Allah
(Insya Allah, insya Allah)
Semoga hati merasa pesona
(Insya Allah, insya Allah)
Semoga menjadi sadar akalmu
(Insya Allah, insya Allah)
Semoga Allah melindungimu
(Insya Allah, insya Allah)
Subhanallah awni wa hasbi (3X)
La ilaha illahu
 
Semoga tiap hari jadi hari raya(Insya Allah, insya Allah)
Semoga kau berkorban bagi Allah
(Insya Allah, insya Allah)
Semoga kau berjalan pada pintuNya
(Insya Allah, insya Allah)
Semoga kau tidak ingin selainNya
(Insya Allah, insya Allah)
Semoga kalbu terbakar di cinta
(Insya Allah, insya Allah)
Semoga tindakanmu tak memalukanmu
(Insya Allah, insya Allah)
Semoga kau layak akan maafNya
(Insya Allah, insya Allah)
Semoga kau masuk Jannat-FirdausNya
(Insya Allah, insya Allah)
Subhanallah awni wa hasbi (3X)
La ilaha illahu
 
Allah Taala menjanji rahmatNya( Masyallah! Masyallah!)
Pandanglah di mana saja lihatnya
( Masyallah! Masyallah!)
Jika diambil selangka padaNya
( Masyallah! Masyallah!)
Allah mengambil sepuluh padamu
( Masyallah! Masyallah!)
Tidak terbatas lautan cinta Allah
( Masyallah! Masyallah!)
Tak pernah terhitung anugerahNya
( Masyallah! Masyallah!)
Siapapun cari Allah mendapatNya
( Masyallah! Masyallah!)
Maka tetap di dalam taman raya
( Masyallah! Masyallah!)
Subhanallah awni wa hasbi (3X)
La ilaha illahu

 
 
 

Ahli Jawatankuasa Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar

Sesi 2014/2015

Yang DiPertua

Muhammad Khairul Ghazi Bin Suhaili

Fakulti Pengajian Islam

Naib Yang DiPertua I

Muhsin Bin Abllah

Fakulti Pendidikan

Naib Yang DiPertua II

Afiqah Binti Amil Husin

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Setiausaha

Nurezzah Binti Maulud-Din

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Naib Setiausaha

Wan Suhaidashima Binti Wan Jaafar

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Bendahari

Haulah Binti Razali

Fakulti Pengajian Islam

Naib Bendahari

Muhammad Noor Faez Bin Ahmad

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Publisiti

Muhamad Faisal Bin Mohd Sukerna

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimin

Muhammad Khidir Bin Jarawi

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimat

Siti Nur Aishah Binti Ahmad

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Followers

Become a Fan

kkk kkk