MEMBACA AL-QURAN || MEMAHAMI AL-QURAN || MENGAMALKAN ISI AL-QURAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Buletin Kelab Iqra' - 2

Thursday, 1 November 2012

Pada 19 Oktober yang lalu bersamaan 3 Zulhijjah 1433 Ahli Jawatankuasa Kelab Iqra’ sekali lagi telah mengadakan satu mesyuarat bulanan. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh semua ahli Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar. Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya dibawah pengelolaan YDP Saudara Tajul Aiman Bin Tajul Anuar. Bermula pada jam 9.00 malam dan telah membincangkan beberapa isu dan sekaligus menyelesaikan beberapa masalah berbangkit sepanjang bulan ini.


Antara isu yang telah mendapat suara majoriti dari mesyuarat adalah mengenai isu logo baru bagi Kelab Iqra Kolej Ungku Omar. Dalam hal ini, logo merupakan aspek penting bagi mengenegahkan dan menonjolkan kewujudan Kelab Iqra’ kepada seluruh mahasiswa lebih-lebih lagi kepada warga Kolej Ungku Omar. Setelah mendapat kata putus, maka telah rasmilah logo Kelab Iqra Kolej Ungku Omar adalah seperti berikut


Seterusnya, bagi memenuhi aktiviti yang telah sama-sama direncanakan pada sesi mesyuarat yang lepas,maka telah wujud satu unit khas bagi mengeluarkan dan mencetak satu buletin bulanan di bawah nama Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar. Salah satu objektif yang dapat diketengahkan daripada penghasilan buletin tersebut, adalah berfungsi sebagai satu medium pendekatan ilmu dalam bentuk cetakan yang berunsur santai kepada seluruh penduduk Kolej Ungku Omar. Beletin ini berbentuk informasi dan ilmu-ilmu ringkas yang disampaikan secara mudah dan berkala (sebulan sekali) agar para pembaca lebih selesa memahami akan isi kandungan yang ingin kami ketengahkan pada setiap edisi. Tambahan pula, buletin ini akan ditampal di papan-papan kenyataan umum di sekitar kolej. Diharapkan para pembaca agar mendapat input hatta sedikit manfaat daripada buletin kami ini, sekaligus dapat menjadi bahan bacaan ringan bagi merehatkan minda setelah penat menyiapkan tugasan dan tuntutan akademik yang lainnya.
Blog rasmi Kelab Iqra’ pada kali ini telah menyajikan beberapa runtaian ilmu buat perkongsian ahli kelab dan seluruh pencinta ilmu. Berikut merupakan hasil tulisan yang telah kami sediakan buat tatapan pembaca sekalian :
v  Tinta Pena Kelab Iqra’ : Karya terpilih kali ini adalah hasil tulisan Zaimah Binti Zulkifli, yang berjudul “Ku Termenung Sendirian”. Tulisan pada kali ini mengisahkan tentang monolog yang memberi pengajaran yang menarik hati-hati kita untuk berfikir dan merenung kembali apakah kita sedar bahawa masa itu amat berharga. Dan sesungguhnya Allah sendiri telah bersumpah atas nama Masa di dalam kitab suci Al-quran. Maka jelaslah bahawa pentingan dan kebesaran masa. Jangan ketinggalan dari mengikuti madah selanjutnya..
v  Bicara Muslimah : Pada kali ini kami mengenengahkan satu tajuk mengenai “Bidadari Syurga-Ainul Mardhiyah”. Dimana ia mengisahkan tentang seorang remaja yang ingin memburu syahid dan mengetahui bahawa dia akan menjadi suami kepada bidadari Syurga,Ainul Mardhiyah. Menceritakan bahawa betapa hebatnya kecantikkan yang dimiliki oleh ketua bidadari Syurga itu sehinggakan dia menunggu kehadiran bakal penghuni syurga. Hebatnya wanita J
v  Bual Buku : Tajuk bagi slot bual buku kali ini adalah “Wali Songo Perjuangan Dalam Dakwah Islam”. Kali ini diketengahkan suatu perkembangan ilmu di sekitar Nusantara pula. Menerangkan bagaimana corak dan cara agama Islam, tiba di daerah itu dengan penuh bergaya. Jarang-jarang topik ini dibicarakan, apatah lagi dibincangkan. Jadi,ayuh ambil langkah untuk mengikuti pendedahan perjuangan dalam dakwah Islam dari hidangan pada kali ini J 
v  Nasyid Hari Ini : Berjudul “Sumayyah”. Nyanyian kumpulan Hijaz dari album Jalan bahagia. Nasyid pilihan kali ini menyingkap kembali tirai sejarah perjuangan seorang wanita yang mana beliau adalah antara salah seorang yang awal memeluk Islam dan juga rentetan secebis kisah bagaimana dia dan keluarganya diuji dengan kezaliman golongan kafir di saat itu.

Selain itu, ayuh kita sama-sama meneliti beberapa program ilmu yang berlangsung sekitar bulan ini :

1.      Bengkel Perubatan Islam.
Anjuran : JAKMA & Pusat Islam UKM


Ayuh kita sama-sama memeriahkan Bengkel Perubatan Islam ini. Hakikatnya, ilmu ini amat berguna bagi pengamalan dalam kehidupan dan sedikit sebanyak dapat membantu orang yang berada disekeliling kita. Ilmu itu milik Allah dan kitalah yang mencari, mengamal dan menyebarkannya. Ayuh! Jom daftar! J
2.     Kelas Al-Quran Bertajwid.
Anjuran: Pusat Islam UKM.
 
Lagi kelas mengaji Al-Quran bagi yang berkelapangan dan berminat untuk memperbaiki kualiti bacaan Al-Quran. Sila daftarkan diri anda pada nombor yang tertera J

Akhir kalam, diharapkan sinar dan semangat Islam itu kian menyubur dalam qalbu kita sebagai pelajar muslim amnya di Kolej Ungku Omar dan amnya di UKM. Semoga usaha dakwah ini terus berkembang dan kita selaku insan yang bergelar muslim ini haruslah menyokong dan mengakat usaha dakwah ini malah jadikan kegiatan dakwah ini salah satu daripada cabang jalan hidup kita sebagai PELAJAR MUSLIM. Hayati seuntai kata-kata daripada Imam Asy-Syafi’ie:

Kamu inginkan kejayaan,namun kamu tidak menurut jalan-jalannya.. Sesungguhnya kapal itu tidak belajar di atas daratan.”

Segala yang baik itu datang dari Allah, dan segala yang buruk itu adalah datang dari kekhilafan diri ini sendiri. Selamat menjadi muslim cemerlang, selamat melakukan amal kebaikan.
Wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.J

No comments:

 

Ahli Jawatankuasa Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar

Sesi 2014/2015

Yang DiPertua

Muhammad Khairul Ghazi Bin Suhaili

Fakulti Pengajian Islam

Naib Yang DiPertua I

Muhsin Bin Abllah

Fakulti Pendidikan

Naib Yang DiPertua II

Afiqah Binti Amil Husin

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Setiausaha

Nurezzah Binti Maulud-Din

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Naib Setiausaha

Wan Suhaidashima Binti Wan Jaafar

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Bendahari

Haulah Binti Razali

Fakulti Pengajian Islam

Naib Bendahari

Muhammad Noor Faez Bin Ahmad

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Publisiti

Muhamad Faisal Bin Mohd Sukerna

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimin

Muhammad Khidir Bin Jarawi

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimat

Siti Nur Aishah Binti Ahmad

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Followers

Become a Fan

kkk kkk