"Tanda-tanda Taubat Diterima"
Pada suatu hari, seorang lelaki datang bertanya kepada seorang alim ulama' mengenai taubat seorang hamba pada Tuhannya.
"Adakah seseorang hamba itu dapat mengetahui bahawa taubatnya sudah diterima atau tidak?"
Lalu jawab ahli hikmah tersebut
"Aku tidak dapat memberikan kepastian dan ketentuan tentang itu, akan tetapi aku hanya dapat menerangkan padamu akan tanda-tanda taubat seseorang hamba itu sudah diterima"
1) Hamba yang bertaubat itu melihat dirinya masih lagi belum suci oleh dosa-dosa yang dilakukannya.
2) Dia melihat perasaan gembira telah hilang dari darinya, dan telah datang perasaan sedih untuk bermuhasabah diri.
3) Dia suka mendekati orang-orang yang baik, lantas menjauhi orang-orang yang jahat.
4) Walaupun sedikit rezekinya di dunia ini, tetapi dia melihatnya banyak. Dan walaupun banyak amal untuk akhiratnya, dia melihatnya begitu sedikit.
5) Dia melihat dirinya tetap sibuk melaksanakan kewajipannya terhadap Allah s.w.t dan tidak sedikitpun dia sibuk menguruskan rezekinya di dunia yang sudah dijamin oleh Allah.
6) Dia sentiasa menjaga lidah, sentiasa bertafakur, dan tetap berasa sedih dan menyesal akan dosa-dosanya yang telah lalu.
Insya Allah sama-sama kita bermuhasabah diri dan menginsafi dosa-dosa kita yang telah lalu....
No comments:
Post a Comment