Hikmah Merahsiakan Pertunangan
Seronok melihat sahabat-sahabat yang sudah
melangkah ke hadapan. Ada yang sudah bertunang. Ada yang sudah bernikah.
Masing-masing berusaha untuk melengkapkan sebahagian daripada agamanya. Namun,
harus diingat adab dalam bertunang dan bernikah.
Cubalah sebaik mungkin untuk merahsiakan pertunangan. Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud;
Cubalah sebaik mungkin untuk merahsiakan pertunangan. Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud;
"Rahsiakan
pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan"(Hadith riwayat
Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu, dan disahihkan oleh
al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil)
"Kenapa nak perlu sorok pula. Aku buat benda baik. Bertunang. Nak kena heboh kat FB ni. Tukar status 'single' kepada 'engaged'."
Tidak menjadi masalah. Siapalah aku untuk menghalang dan mengatakannya perbuatan yang salah. Minta fatwa hati masing-masing. Jika dirasakan wajar untuk menghebahkan pertunangan, maka teruskan.
Namun, harus diteliti hikmah disebalik apa yang nabi ingatkan pada kita.
Kenapa perlu rahsiakan pertunangan?
1) Perlu diingat bahawa bertunang bukanlah sebagai 'lesen' untuk membawa anak dara orang lain 'dating'. Ke hulu ke hilir. Dia tetap bukan mahram bagi kita. Elakkan keluar berdua, melainkan bersama mahram.
2) Bertunang tidak semestinya membawa ke arah pernikahan. Ada sahaja yang bertunang, tetapi putus di tengah jalan. Nauzubillah. Bayangkan jika kita sudah heboh kepada satu dunia bahawa kita sudah bertunang. Tidak lama selepas itu, kita putus tunang disebabkan tidak sehaluan. Bukankah perkara tersebut mengaibkan, kerana pertunangan sudah heboh? Mungkin silaturrahim antara dua keluarga juga terjejas. Dihasut dan diapikan oleh orang luar.
Ada hikmah disebalik merahsiakan pertunangan. Jika putus ditengah jalan, sekurang-kurangnya hanya ahli keluarga sahaja yang tahu. Lebih kecil mudaratnya.
"Hmm, boleh ke tidak, kalau nak berhubung dengan tunang?"
Tidak menjadi masalah. Perlu berhubung, untuk urusan yang menjurus ke arah pernikahan. Penting untuk saling berbincang. Tetapi, jangan sampai berlebih-lebihan!
Jangan biarkan urusan menjadi alasan. Syaitan terlalu pandai dalam tipu daya.
Namun, ada juga golongan yang tegas dalam isu ini.
"Kita tak boleh berhubung dengan tunang kita! Kita kena jaga hati kita. Nanti zina hati. Biar ibu bapa kita sahaja yang uruskan."
Ada benar. Ada salahnya. Terpulang pada diri masing-masing. Mintalah fatwa hati.
Ustazah Fatimah Syarha pernah berkata dalam beberapa forumnya; "Apa itu urusan? Urusan adalah apa yang kita yakin boleh bentangkan hujah-hujah di hadapan Allah swt."
(ADDIN-iluvislam)
No comments:
Post a Comment