Secawan Teh Dingin, Sebuah Buku Yang Hangat : Islam dan Budaya dalam “Wali Songo, Perjuangan dalam Dakwah Islam” (Bahagian 2)
(Sambungan daripada entri terdahulu…)
Begitu juga dengan Sunan Bonang yang menjalankan usaha dakwa secara halus dan penuh seni. Sunan Bonang atau nama sebenarnya Syeikh Maulana Makhdum Ibrahim, merupakan anak kepada Sunan Giri dan Dewi Condrowati (Nyai Ageng Manila). Maka, sejak dari kecil lagi, Sunan Giri sudah mempersiapkan puteranya dengan tingkat ilmu yang tinggi, sesuai dengan tingkat para wali. Seperti juga muridnya Raden Said, Sunan Bonang juga merupakan titis bangsawan iaitu datuknya adalah Raja Majapahit. Terdapat beberapa kisah ajaib lagi aneh yang melibatkan diri beliau. Pernah suatu ketika datang seorang Brahma yang berilmu tinggi belayar ke Tuban untuk berdebat mengenai hal ehwal agama dengan Sunan Bonang. Dalam perjalanan tersebut, kapal Brahma telah dipukul rebut, menyebabkan segala kitab agama hilang dan musnah. Brahma tersebut akhirnya terdampar di pesisir pantai Tuban.

Sunan Bonang telah
menyambut beliau di tepi pantai, berserta dengan kitab-kitab agama milik
pendeta tersebut setelah Sunan Bonang menancapkan tongkatnya pada pasir
(kitab-kitab tersebut mengalir keluar bersama air). Akhirnya pendeta tersebut
menjadi pengikut Sunan Bonang yang setia.
Dalam usaha menyebarkan dakwah melalui cara budaya, Sunan Bonang lebih
terdorong dalam bidang penulisan dan kesusasteraan. Antara hasil tulisan beliau
termasuklah Suluk Wrigil dan Tambo Ati; Tambo Ati merupakan lagu ciptaan beliau
yang sangat terkenal, malah hingga kini masih dinyanyikan di pondok-pondok
agama.
“Tamba ati iku lima sak warnane,
Maca Quran, angen-angen sak manene,
Kaping pindho solat sunnah lakonano,
Kaping telu wong kang soleh kancanana,
Kaping papat kudu wetheng ingkang luwe,
Kaping lima zikir wengi ingkang suwe,
Sopo wong bias ngelakoni,
Insya Allah Gusti Allah nyembadani.”
Maksudnya ;
“Ubat hati itu lima jenisnya,
Pertama baca Al-Quran dengan maknanya,
Kedua mengerjakan solat malam,
Ketika sering bersahabat dengan orang soleh,
Keempat harus sering berpuasa,
Kelima selalu berzikir mengingati Allah,
Siapa sahaja yang mampu mengerjakan,
Insya Allah Tuhan Allah mengabulkan.”
p/s : Manuskrip penuh Suluk Sunan Bonang pada masa kini tersimpan rapi di
Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda.
Terdapat juga kisah bagaimana Sunan Bonang yang menginsafkan perompak
dengan hanya memiankan bonangnya (gamelan), hingga akhirnya ketua perompak
tersebut menjadi murid beliau. Saya tinggalkan kisah itu untuk pembaca meneliti
sendiri kisah penuh takjub yang terdapat dalam buku ini. Sekiranya kita
bertanya kepada masyarakat Jawa mengenai Sunan Bonang, nescaya kisah yang paling terkenal sudah tentu
adalah kisah antara beliau dengan muridnya, Lokajaya, yang akhirnya
digelar Sunan Kalijaga (sebagaimana telah dihuraikan pada tulisan sebelum ini).
Sebagai kesimpulannya,
ternyata usaha dakwah golongan Para Wali di daerah Nusantara hadir bersama
dengan budaya dan kesenian yang dekat dengan jiwa masyarakat tempatan. Mereka
menghuraikan tentang kemurnian Islam dengan cara berfalsafah dan penuh
keasyikan. Sebagai contoh, Sunan Kudus telah memulakan dakwah dengan bercerita
tentang sapi betina terlebih dahulu sebelum membaca Surah Al-Baqarah. Juga,
masjid Kudus yang dibina beliau, terdapatnya lapan ukiran patung kepala lembu
pada setiap tempat pancuran air wuduk, sesuai dengan jalan berlipan lapan “Asta
Sanghika Marga” dalam ajaran Buhda.
Masih banyak lagi kisah para wali yang tidak sempat dicoretkan
kesemuanya oleh saya di lembaran ini. Mungkin selepas membaca buku ini, kita
tidak lagi menjadi jumud, sombong, dan angkuh dalam memngakui kehebatan budaya
dalam arena dakwah. Juga mungkin perlu untuk banggakan, bahawa kita dan
kesenian adalah rapat, dan kita sendiri adalah insan seni.
Selamat membaca, dan mencari makna seni dalam diri…
Selamat membaca, dan mencari makna seni dalam diri…
No comments:
Post a Comment