“Tangisan Gaza”
1. Kekejaman Yahudi Zionis pada hari terhadap umat Islam di Palestin semakin berleluasa. Mereka membunuh tidak kira sama ada orang tua, wanita, mahupun kanak-kanak.
2. Mereka juga membinasakan sekolah-sekolah dan masjid yang menjadi rumah ibadah bagi umat Islam.
...
Surah An-Nisa ayat 155 ;
Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar dan mereka juga mengatakan: Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad). (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).
Surah Al-Maidah ayat 78;
Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
3. Mengapa Yahudi pada hari ini begitu berani melakukan keganasan sedemikian adalah disebabkan beberapa faktor :
Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
3. Mengapa Yahudi pada hari ini begitu berani melakukan keganasan sedemikian adalah disebabkan beberapa faktor :
a) Rasa taksub dan bangga yang begitu mendalam terhadap bangsa mereka. Mereka merasakan bawaha bangsa mereka sahajalah yang layak memerintah dunia. Malah darah bangsa lain halal untuk ditumpahkan.
b) Mereka mendapat bantuan daripada kuasa-kuasa besar dunia, berdiri di atas undang-undang antarabangsa.c) Umat Islam pada hari ini berpecah belah, hidup berkhianat sesama sendiri, tidak bersatu padu, malah menyokong ekonomi Israel.
4. Wajib bagi umat Islam hari ini membantu rakan-rakan seakidah yang sedang dalam penindasan, sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Antara tindakan yang boleh dilakukan selain berjihad di medan peperangan ialah;
a) Banyakkan berdoa untuk kemenangan Palestin dan kehancuran Israel
b) Memboikot barangan Israel meskipun terpaksa mengikat perut
c) Membantu dari segi kewangan melalui tabung-tabung bantuan untuk rakyat palestin
d) Memperkuatkan kesatuan sesama Islam, elakkan perpecahan, fitnah memfitnah. Musuh-musuh Islam hanya akan gerun sekiranya umat Islam pada hari ini bersatu.
###
Blog rasmi Kelab Iqra’ pada kali ini telah menyajikan beberapa
runtaian ilmu buat perkongsian ahli kelab dan seluruh pencinta ilmu. Berikut
merupakan hasil tulisan yang telah kami sediakan buat tatapan pembaca sekalian
:
v
Bicara Muslimah : Tajuk entri pada kali ini adalah "Hikmah Merahsiakan Pertunangan" yang menggariskan juga adab-adab yang perlu dibatasi oleh pasangan dalam tempoh pertunangan tersebut.
v
Tinta Pena Kelab Iqra’ : Tulisan kali ini mengenengahkan pengalaman seorang insan yang bertemu dengan seorang alim ulama, untuk bertanyakan tentang dosa-dosa yang pernah dilaluinya. Terdapat enam tanda-tanda taubat kita diampunkan, semoga dapat menjadi pendorong kepada pembaca sekalian untuk bertaubat dari kesalahan-kesalahan lepas.
v
Bual Buku : Tajuk bagi slot bual buku kali ini adalah “Wali Songo Perjuangan
Dalam Dakwah Islam”, sambungan daripada entri yang terdahulu. Pada kali ini penulis mengenengahkan episod hidup Sunan Bonang, serta kaedah dakwah yang digunakan beliau iaitu melalui jalan seni dan kesusasteraan.
v
Nasyid Hari Ini : Berjudul “Bebaskan Palestin" nyanyian
kumpulan Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart. Lirik lagu tersebut mengisahkan tentang semangat mempertahankan bumi Palestin daripada terus diceroboh oleh tentera Israel. Semoga dapat dihayati dan diambil pengajaran daripada isi lagu tersebut.
Sekian, semoga mendapat manfaat