Tidak perlu diperkenalkan lagi penulis novel ini, iaitu Saudara Faisal Tehrani, telah banyak menghasilkan pelbagai karya sama ada novel, puisi, cerpen. Dikenali sebagai penulis novel alaf baru khususnya yang aliran kontemporari islam seperti 1511H Kombat, Advencer Si Peniup Ney, 1515. FT telah menghasilkan satu novel yang cukup unik berkaitan dengan Busan Muslim, dan seperti biasa novel yang dihasilkan adalah berdasarkan ilham dari keadaan persekitaran dan konflik masyarakat. Dimana pada masa ini konsep Busana Muslim mengalami krisis kecelaruan yang melampau kerana kegagalan pereka fesyen memahami kaitan antara busana, agama Islam dan budaya melayu.
Puas!
Itulah perasaan saya apabila telah selesai membaca novel ini. Puas dengan cerita, puas dengan ilmu yang tertulis di dalamnya, puas dengan kupasan falsafahnya, dan kepuasan yang paling besar di antara semuanya adalah rasa puas dilahirkan sebagai Melayu Islam – walaupun mungkin akan ada sedikit keraguan tentang fakta tersebut.
Dilabelkan sebagai ‘novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan’. Dalam zaman kini, FT memperkenalkan kita dengan watak Ziryab , anak yatim piatu yang tinggal bersama neneknya, Zainon Abdullah, seorang bekas jurubusana istana yang masyhur suatu ketika, namun mula kalah dengan hidup apabila diserang alzheimer. Ziryab bersekolah teknik dalam jurusan rekaan fesyen dan sering mengagumkan rakan-rakan serta guru-gurunya melalui kehalusan dan ketelitian rekaan dan jahitannya. Selain daripada bijak mereka fesyen, Ziryab juga seorang anak remaja yang sangat elok perilaku hingga menarik perhatian rakan-rakan perempuan sekelas dan menimbulkan kecemburuan di kalangan pelajar lelaki lain.
Kita juga diperkenalkan kepada Manikam Kalbu melalui penceritaan manira, seekor kucing Madura. Manikam Kalbu adalah seorang anak kepada seorang khadam istana bernama Melekek Sukma. Manikam Kalbu hidup di zaman Sultan Muhammad Syah, sultan Melaka di zaman kegemilangannya.
Penceritaan yang dipenuhi dengan konsep pakaian yang menurut syariat dan pengertian pemakaian Melayu tradisi, saya kagum dengan segala fakta dan data yang diumpan FT dalam novel ini. Paling tertarik dan menarik, apabila Sultan Muhammad Syah menemui Tuan Guru Haji Nuh Ha Min untuk mendapatkan pandangan ulama itu mengenai pertandingan mereka busana Melayu yang terilham daripada mimpi ngeri baginda melihat puterinya Puteri Kecil Cempaka Lana yang berpakaian “serupa kafir tapi tak kafir, serupa Islam tapi tak Islam.” Tuan Guru kemudian memperihalkan 5 syarat yang patut diletakkan di dalam pertandingan tersebut.
Walaupun anda akan membacanya, saya suka juga untuk mengulang catat mengenai syarat-syarat tersebut:
Pertama : Busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.
Kedua : Busana Melayu itu pantang kainnya nipis kerana berkain baju yang tipis, disitulah tempat setan dan iblis.
Ketiga : Busana Melayu itu mestilah pantan ia berpotongan yang ketat, kerana memakai yang ketat menghilangkan agama, membinasakan adat.
Keempat : Busana Melayu itu pantang ia mengada-ada. Membuat baju harus sejudu, jangan suka meniru-niru dan menjatuhkan maruah.
Kelima : Busana Melayu itu dilarang sekali memandai-mandai, kerana apabila berpakaian memandai-mandai, aib tersingkap, malu terburai.
Indahnya syarat ini kalau kita tekuni. Malangnya, tak ramai yang mahu jadi Melayu sejati, kerana tersangat lelah usahanya. Lagi pula, siapa yang mahu memakai baju yang serupa saja potongan dan tiada variasi sedangkan fesyen bertukar setiap zaman ?
Pada zaman kini, Ziryab pula perlu memikirkan pesanan cikgu Natasya mengenai usaha “mentajdidkan busana Melayu” – mengembalikan kepada tuntutan falsafah asalnya. Pada cikgu Natasya, busana Melayu sekarang telah dilacurkan tanpa sedar oleh pereka-pereka fesyen itu sendiri kerana mereka tidak mampu menghadam falsafah pemakaian Islam dan Melayu itu.
Sungguh saya terpegun dengan gaya penulisan FT mengolah cerita ini. Apapun, ini antara karya FT yang puas saya baca ! Percayalah !

No comments:
Post a Comment