MEMBACA AL-QURAN || MEMAHAMI AL-QURAN || MENGAMALKAN ISI AL-QURAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Laman Utama

Friday, 22 February 2013

 



Assalamu’alaikum wbt

Selamat Datang saya ucapkan kepada para pengunjung blog kelab iqra kolej ungku omar UKM

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya blog ini dapat ditubuhkan hasil kerjasama daripada ahli-ahli kelab iqra’. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbangkan artikel yang dikongsikan di dalam blog ini.

Pertama sekali saya berasa amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah diberi kepercayaan oleh seluruh ahli kelab iqra untuk menggerakkan dan memimpin kelab ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang lain kerana turut diberi kepercayaan untuk memikul amanah yang bakal diberi.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali ke kampus. Minggu ini seluruh mahasiswa UKM akan kembali ke kampus untuk menyambung pengajian semester yang seterusnya. Sungguh, menuntut ilmu itu merupakan suatu kewajipan kepada setiap manusia sepertimana sabda nabi SAW yang bermaksud : ” Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib keatas tiap-tiap seorang Islam”. Baru-baru ini juga keputusan peperiksaan telah dikeluarkan oleh pihak universiti. Tahniah diucapkan kepada para mahasiswa yang berjaya dengan cemerlang. Kepada mereka yang sebaliknya, usahlah dengan keputusan yang kurang memuaskan membuatkan kita terus berputus asa kerana begitulah adat dalam menuntut ilmu. Kadang-kadang kita berada ditempat yang tinggi dan kadang-kadang kita berada ditempat yang rendah. Tingkatkan lagi usaha dan tawakal kepada Allah serta  perbaiki kelemahan yang lalu untuk beristiqamah dan meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang, malah mahasiswa yang bertakwa kepada Allah SWT.

Pada semester ini, kelab iqra sudah merancang beberapa aktiviti yang bakal dijalankan dalam usaha untuk mewujudkan budaya iqra’ dalam kalangan mahasiswa. Saya yakin dengan menjalankan aktiviti ini dapat memupuk kecintaan para mahasiswa kepada budaya iqra’ serta meningkatkan keakraban di kalangan ahli kelab iqra’.

Mudah-mudahan usaha murni ini diberkati dan dirahmati oleh Allah. Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang anda yang sudi melayari blog ini. Mudah-mudahan blog ini memberi sedikit pengisian ilmu yang bermanfaat kepada anda. Kami juga sentiasa bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada mana-mana pihak.

Sekian..

Tajul Aiman Tajul Anuar
YDP Kelab Iqra' Kolej Ungku Omar 2012/2013

Thursday, 21 February 2013


-Sabar Atas Kematian Insan Tersayang-

Oleh : Habibatul Mudabbarah Mohd Lutpi
 
Setiap Muslim yang beriman tidak akan lari daripada ditimpa musibah oleh Allah s.w.t. Ujiandan musibah merupakan tanda kasih Allah s.w.t terhadap manusia. Antara musibah yang menimpa manusia yang beriman dan dituntut bersabar ialah kehilangan orang yang disayangi. Sungguhpun kesabaran itu amatlah berat, apatah lagi jika melibatkan kematian  insan tersayang, namun mereka harus menyedari bahawa segala yang berlaku merupakan takdir dan ketentuan daripada Allah s.w.t. Antara tanda kesempurnaan iman seseorang ialah  apabila mereka mengharapkan ganjaran pahala dan bersabar atas musibah yang terjadi, mana-kala marah dan gelisah atas musibah menunjukkan kelemahan iman. Terlalu besar ganjarannya jika seseorang itu bersabar. Sebagai contoh kesabaran seorang  Muslim di atas kematian anak kecil mereka akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah s.w.t) buat mereka yang menjadi ibu bapanya pada hari akhirat kelak.
 
 
 
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”
(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
 
 
Antara intipati hadis ini ialah apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, maka segala kejadian dan musibah yang terjadi akan menjadi kecil pada dirinya. Dia menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan erti kata lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah s.w.t. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
 
Seringkali kematian insan yang tersayang membawa kepada kedukaan  dan kesedihan. Sekiranya kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, maka belajarlah daripada Rasulullah s.a.w. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Namun baginda tetap bersabar. Setiap kali Rasulullah berasa gundah,    baginda akan mengadukan kesedihannya kepada Allah s.w.t. Contohilah peribadi Rasulullah s.a.w. Sekiranya kamu berasa sedih atas kehilangan insan tersayang, maka sibukkan dirimu. Beribadahlah sehingga kamu letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hatimu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan. Apabila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah al-Quran serta dirikanlah solat. Kelak kamu akan merasai nikmat Islam dan Iman. Wallahu a’lam.
 
 
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
 

Wednesday, 20 February 2013


 

SECAWAN TEH DINGIN, SEBUAH BUKU YANG HANGAT

"MENJADI WANITA SUPER DENGAN ASMAUL HUSNA"

-Wanita super adalah wanita hebat yang menjadikan 99 nama Allah yang indah sebagai hiasan hidupnya, lahir dan batin-

 

 

Saya tidak mahu mengupas secara mendalam keseluruhan 99 nama Allah dan pastinya itu akan menjadi sebuah buku dan bukan artikel lagi J Apa yang ingin saya tekankan disini adalah sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim , Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Menurut ahli bahasa, Ibnu Faris, kata-kata itu terdiri daripada huruf ra’ , ha’ dan mim yang membawa makna ‘lemah lembut, kasih sayang dan kehalusan’. Sesungguhnya setiap ciptaan Allah adalah penerima rahmatnya kerana Allah berfirman dalam surah Al- A’raf ayat 156 , “Rahmatku meliputi setiap sesuatu”.

Anggaplah Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu vitamin untuk jiwa kita. Lumrah jiwa manusia sering berada dalam gundah. Penuhkan diri kita dengan kasih sayang kerana Allah juga sayang akan hamba-hambaNya. Hilangkan sifat-sifat yang berlawanan dengan kasih sayang dalam jiwa kita. Pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan keluar sifat-sifat kebencian dan permusuhan dalam diri kita. Tanamkan dalam jiwa, dalam minda, dalam kalbu, di mana kita berada, di situ juga Allah berada. Ini bererti di mana sahaja dan pada bila-bila masa , kita merasakan kasih Allah itu ada di seluruh alam ini.
Penting bagi kita untuk memberikan vitamin kasih sayang kepada sesama makhluk kerana kekuatan kasih sayang itu mampu menakluk manusia yang keras, walaupun sekeras singa.

“Orang yang memiliki sifat kasih, mereka juda dikasihi Allah yang Maha Pengasih. Kasihi makhluk yang ada di bumi, nescaya makhluk yang ada di langit mengasihi kamu”

Imam Al-Ghazali menerangkan, manusia yang memiliki sifat Ar-Rahman adalah manusia yang menunjukkan kasih sayangnya kepada orang yang lalai dengan mengajak mereka mematuhi Allah melalui teguran ataupun nasihat. Mereka melakukannya dengan kelembutan bukan dengan kekasaran. Mereka memandang orang derhaka dengan mata yang jernih, bukan dengan mata yang menghina. Mereka memandang setiap kederhakaan yang berlaku di dunia ini sebagai kederhakaan mereka sendiri dan mereka berusaha sebaik mungkin bagi menghapuskannya. Mereka mencurahkan kasih sayang kepada orang-orang yang derhaka supaya mereka terselamat daripada kemurkaan Allah.

Tuhan,

Jadikanlah aku instrument kasihMu

Di mana ada kebencian, biarkan aku menyebar cinta,

Di mana ada hati terluka, biarkan aku menjadi penghibur,

Di mana ada keraguan, biarkan aku menyebar keyakinan,

Di mana ada keputusasaan, biarkan aku menyebar harapan,

Di mana ada kesedihan, biarkan aku memberi kebahagiaan.

Di mana ada kegelapan, biarkan aku memberi cahaya.

 

Secara umumnya, lelaki mahupun wanita yang mengamalkan Asmaul Husna dalam kehidupan mereka, mampu menjadi insan super yang disegani lagi dihormati. Persoalannya, sejauh mana seseorang wanita itu boleh mencapai tahap muslimah super ? Wanita yang mahu menjadi muslimah super, asas utamanya adalah Allah. Allah perlu diletakkan paling atas daripada segala-galanya. Sekiranya niat awal sesuatu kerja tu bukan kerana Allah, tetapi lebih didorong oleh keinginan untuk mempunyai harta, jawatan, kecantikan dan sebagainya, secara tidak langsung, kita berpijak di atas asas yang rapuh.
Muslimah super menjadikan 99 nama Allah sebagai hiasan hidupnya, lahir dan batin. Nama-nama Allah yang indah tidak hanya dibaca tetapi difahami maksudnya, dihayati dan diaplikasi dalam kehidupan seharian. Kita sering disibukkan dengan urusan-urusan dunia sehingga kita lalai bahkan kadang-kadang nama-nama Allah pun kita tidak ketahui. Astarghfirullah al adzim, ampunkan kami ya Allah. Sekiranya kita tersedar, tiada istilah terlambat , kita masih punya kekuatan untuk meraih sebanyak mungkin ilmu. Saya yakin ciri-ciri muslimah sejati ada dalam diri anda semua J

Bersambung … Al-Malik , Maha Menguasai

Nasyid Minggu Ini

 
 

Pesona Zulaikha

Album : Kias Cinta
Munsyid : Suhaimi Saad
 

 
 
indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya
 

Ahli Jawatankuasa Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar

Sesi 2014/2015

Yang DiPertua

Muhammad Khairul Ghazi Bin Suhaili

Fakulti Pengajian Islam

Naib Yang DiPertua I

Muhsin Bin Abllah

Fakulti Pendidikan

Naib Yang DiPertua II

Afiqah Binti Amil Husin

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Setiausaha

Nurezzah Binti Maulud-Din

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Naib Setiausaha

Wan Suhaidashima Binti Wan Jaafar

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Bendahari

Haulah Binti Razali

Fakulti Pengajian Islam

Naib Bendahari

Muhammad Noor Faez Bin Ahmad

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Publisiti

Muhamad Faisal Bin Mohd Sukerna

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimin

Muhammad Khidir Bin Jarawi

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimat

Siti Nur Aishah Binti Ahmad

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Followers

Become a Fan

kkk kkk