BICARA MUSLIMAH
"Kedudukan
Wanita Menurut Perspektif Barat"
Secara umumnya, emansipasi
wanita merupakan satu bentuk perjuangan daripada kaum wanita dalam menuntut
layanan dan kesamarataan, serta membebaskan diri daripada kongkongan adat resam
yang menyebabkan kaum wanita dilihat lebih lemah dalam segenap aspek kehidupan,
berbanding kaum lelaki. Sebelum kedatangan kuasa barat, istilah ‘pembebasan
wanita’ ini dilihat agak asing dalam kamus hidup masyarakat Melayu yang
berpegang teguh dengan ajaran Islam. Sedikit demi sedikit idea kebebasan ini
semakin radikal, lantas meracuni pemikiran kaum wanita, menyebabkan timbulnya
satu keinginan untuk turut sama bangkit menjadi wanita hebat sebagaimana yang
dilaungkan oleh wanita-wanita barat.
Berbeza dengan pandangan Islam, sejarah mengenai
layanan buruk terhadap wanita terselindung disebalik keagungan dan kemegahan
Tamadun Rom dan Greek suatu masa dahulu. Kaum wanita pada saat ini diberi hak
sepenuhnya oleh penjaga sama ada suami, ayah atau datuk (Peter \Families).
Penjaga tidak mempunyai hak yang terbatas dan bebas melakukan apa sahaja
terhadap wanita yang dijaganya. Kaum lelaki bebas mengurung wanita, meyeksa
atau menjualnya pada kadar yang tertentu bagi kepentingan mereka. Menurut
Profesor Dr Ali Abdul Wahid Wafi dalam kitabnya ‘Al Mar atu fi Al Islam’,
wanita di barat pada suatu masa dahulu boleh dipindah milik daripada bapa
kepada anaknya.
Kitab Yahudi yang terkenal ‘Safr Al Khuruf’
menjelaskan seorang bapa atau penjaga yang miskin dan susah boleh
memperdagangkan anaknya dengan kumpulan hamba. Dalam kitab ‘Thalmud’ pula,
seseorang wanita tidak boleh mengadu kepada sesiapa meskipun suaminya melakukan
hubungan dengan wanita lain di dalam rumah mereka sendiri. Lalaki Yahudi juga
dikatakan dibenarkan melakukan apa sahaja kepada isterinya kerana sudah menjadi
hak milik dan tuan kepada wanita tersebut. Di Greek pula, kedudukan wanita
berada di tahap paling hina dimana mereka bukan sahaja tidak diberi hak bagi
mendapatkan beberapa kemudahan, sebaliknya hak-hak kemanusiaan mereka yang lain
juga tidak diberikan oleh kaum lelaki pada ketika itu. Perkara ini telah
disebut oleh Profesor Dr. Mustafa Al Saba’i dalam kitab beliau yang bertajuk ‘Al
Mar atu baina al Fiqh wa al Qanun’ bahawa selain boleh dijual beli seperti
barang dagangan, wanita juga tidak diberi hak untuk mendapatkan tempat tinggal,
makanan, minuman, dan pakaian bahkan tidak diberikan hak untuk membantah.
Pada hari ini, perkara tersebut masih diteruskan dalam
medium yang tidak nyata dan moden. Wanita masih lagi menjadi simbol seks, atas
tiket kebebasan berfikir masyarakat barat. Amat malang sekali kerana mereka
tidak merujuk ‘feminisme’ yang sebenarnya seperti yang digambarkan dalam Islam.
Feminisme di barat dilihat merugikan wanita dalam banyak sudut dan mereka hanya
mendapat beberapa kemudahan yang sedikit tetapi tidak disedari oleh mereka
bahawa mereka ditindas oleh kebebasan tersebut. Segala aspek gaya kehidupan
wanita barat diterima bulat-bulat tanpa mepedulikan sama ada ianya bercanggah
dengan Islam serta adat masyarakat Melayu yang telah diamalkan sejak sekian
lama
Meskipun zaman penjajahan sudah lama berakhir apabila
sesebuah negara itu mencapai kemerdekaan, namun jelas masih terdapat lagi
sisa-sisa penjajahan yang masih bertapak kukuh dalam fikiran masyarakat
tempatan. Penjajah fikiran dan ideology yang berlaku pada hari
ini ternyata jauh lebih member kesan kepada budaya bangsa dan ajaran agama.
Atas tiket globalisasi, masyarakat terjebak tanpa disedari terhadap
anasir-anasir luar atau neokolonialisme yang semakin pantas meledak, seiring
kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.
Justeru, antara pendekatan terbaik untuk mengatasi permasalahan tersebut adalah, masyarakat harus kembali mendekatkan diri kepada akar tradisi dan kebudayaan Melayu itu sendiri, di samping menjadikan ajaran agama Islam sebagai panduan utama kehidupan seharian. Adat budaya dan ajaran agama Islam, sebetulnya telah menjadi benteng yang paling utama sejak zaman dahulu lagi, apabila penjajah terpaksa menggunakan jalan peperangan bagi mengeksploitasi hasil bumi tempatan. Pun begitu, perkembangan budaya kuning atau dakyah agama Kristian, dilihat tidak dominen meskipun penjajah sudah bertapak beberapa lama. Hal ini disebabkan pihak penjajah tidak mampu menyekat jati diri masyarakat Melayu-Islam yang begitu kukuh mengamalkan ajaran agama dengan bersungguh-sungguh, menolak segala bentuk penjajahan minda.
Keberkesanan kolonial menyekat gerakan Islah dari timur tengah daripada terus berkembang, adalah satu period yang amat merugikan penduduk tempatan. Para orientalis barat dengan bersungguh-sungguh mencari ruang-ruang lompong untuk diisi dengan semangat songsang yang mengagungkan dunia barat. Penjajahan minda dan fahaman-fahaman lain dilihat terus berkembang tanpa disedari, menyelinap masuk ke dalam segenap aspek kehidupan seharian, termasuklah fahaman emansipasi wanita.
No comments:
Post a Comment