Sudah beberapa kali sebenarnya orang menghubungi saya kerana beberapa video Cik Beah Osem saya yang bertemakan tentang aurat wanita. Dan ada juga yang menaruh rasa kagum di atas perubahan mendadak yang telah saya lakukan dan turut ingin melakukan perubahan yang sama.
"Akak, saya sebenarnya dah lama nak pakai tudung. Tapi takde kekuatan lagi dan tak tau macamana nak mulakan."
Jujurnya, perubahan saya sebenarnya bukanlah mendadak seperti yang disangkakan. Apa yang anda tonton di dalam video Tabarruj itu sebenarnya hanyalah 50% sahaja daripada kisah penghijrahan saya. Seperti yang sudah saya ceritakan di dalam sebuah entri di sini, mula-mula saya berjinak-jinak untuk memakai tudung labuh dan jubah ialah sewaktu saya masih lagi di bangku sekolah menengah. Waktu itu kalau tidak silap, saya berumur 16 tahun, di tingkatan empat.
Seperti kebanyakan orang, saya tidak pernah ke sekolah agamapun. Dan keluarga saya juga biasa-biasa saja. Tetapi di sekolah, subjek kegemaran saya ialah Pendidikan Islam dan saya memang suka melihat perempuan yang memakai tudung labuh dan jubah. Kerana itulah, saya terdorong untuk memakai pakaian yang sama, sampaikan tudung sekolahpun saya sanggup jahit sendiri kerana hendak memakai tudung labuh.
Beberapa tahun juga saya kekal berimej begitu, sampailah ketika usia saya mula menginjak ke angka 22 tahun. Di universiti, pegangan saya mula goyah dan saya akhirnya terperangkap di dalam sawang hijab fashionista. Di TV dan majalah, saya lihat usahkan artis wanita yang bertudung, bahkan ustazah-ustazahpun turut mengenakan mekap, hijab yang berwarna-warni dan dihias cantik hingga kelihatan sangat menarik perhatian.
Waktu itu fikir saya, 'Kalau ostajahpun boleh buat macam tu, takkanlah aku yang 'biasa-biasa' aje ni tak boleh? Takkanlah berdosa kot.'
Begitulah lebih kurang bahagian 50% pertama kisah penghijrahan saya. Dan saya amat bersyukur sebenarnya, bila Allah masih sudi untuk membimbing saya, memberikan saya hidayah buat kali kedua. Alhamdulillah, Allah 'mengajar' saya, definisi menutup aurat yang sebenar itu, saya dapati pada diriseorang muallaf yang baru beberapa tahun mengenal Islam, dan bukannya pada ostajah-ostajah yang telah belajar Islam sejak dari lahir seperti yang terpampang di TV mahupun di majalah.
Namun persoalannya, hendak menutup aurat, memang kena pakai tudung labuh ker??
Definisi & Jenama
Sebelum ini, saya pernah berkongsi sebuah status di laman FB Beah A. yang berbunyi;
Instead of using frasa "tudung labuh", saya sebenarnya lebih suka menggunakan frasa "menutup aurat dengan sempurna" lagi.
Sebab bertudung labuh, belum tentu lagi sempurna. Kadang-kadang tudung besar, tapi transparent, ataupun, melekat dekat dada. Pakai jubah, tapi ikut badan, nampak lekak-lekuk sana-sini. Huhu.
Ada orang yang pakai tudung biasa-biasa aje, tapi dia menutup aurat dengan sempurna, walaupun hanya memakai jeans dan long sleeve.
Beragama, biarlah dengan kefahaman. Bukan dengan jenama.
Ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. Boleh jadi betul, boleh jadi juga salah. Kebiasaannya, apabila bercerita tentang menutup aurat, imej seorang ostajah yang memakai tudung labuh sampai ke perut dengan berjubahlah yang akan terlintas di fikiran. Bagi saya, pakaian seperti itu hanyalah sebuah 'jenama' yang telah digunapakai sejak sekian lama hanyalah di Malaysia untuk menggambarkan pakaian yang menutup aurat.
Sedar ataupun tidak, di negara-negara lain selain Malaysia, definisinya berbeza. Jadi, tak acilah kalau kita ambil definisi daripada negara kita sahaja kan? Hmm, jadi apa kata, kita usha definisi menutup aurat di negara-negara lain pula.
Indonesia. Style lipat tudung yang sungguh 'unik'. Ada beran? Hihi.
Turki. Penat ke kak?
Makcik-makcik dari Bulgaria. Comelnyerrr!! XDDD
Somalia. Anda sanggup pakai begini? Perempuan Malaysia yang dah pakai tudung labuh sampai ke perutpun belum tentu lagi sanggup! Wahahah. Mereka sungguh kool. Saya salute!
Arab Saudi. Sang gagak!
Afghanistan. Mesti kaler biru tao. Hihi. ;DDD
OK, cukuplah study kita sampai di situ. Seperti yang dapat kita lihat di atas, setiap negara atau bangsa mempunyai definisi menutup aurat mereka yang tersendiri. Ada yang pakai tudung tiga segi aje, ada yang sampai ke kaki, ada yang style ninja, dan ada yang nampak kaler biru aje, sebiru langit nan biru. Err....apekah?
Namun, kesemuanya berkongsi kata kunci yang sama iaitu, menutup keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan sahaja. (*Tutup muka hukumnya sunat sahaja.)
Siyes, Saya Nak Tutup Aurat. Tapi Macamana Nak Mula??
Sekarang, mungkin anda sudah faham bahawa definisi menutup aurat itu bukanlah bermakna memakai tudung labuh. Tak kisahlah pakai kain kapas ke, seluar jeans ke, hatta kalau hendak pakai kotak sekalipun boleh, janji menutup aurat dengan sempurna (tutup ya, bukan balut!).
Tapi, bagi yang baru hendak mencuba-cuba menutup aurat, tentu susah kan hendak melatih diri? Rasa malu, segan, dan rendah diri pasti ada. Maklumlah, sebelum ini asyik melawa aje. Lepas ini kalau pakai tudung tutup dada, dah tak pakai mekap, rupapun dah nampak macam ostajah, mesti dah tak ada orang nak mengorat kan. Dahlah tak kahwin lagi. Hai, rugi rugi... Hihi..
Bagi saya, sebenarnya tak perlu berubah secara mendadak. Perkara pertama yang perlu kita fahami ialah kenapa kita perlu menutup aurat? Umum sudah mengetahui, berbanding dengan lelaki, perempuan adalah makhluk yang sangat cantik kejadiannya. Lirik matanya, suaranya, senyumannya, cara berjalannya, semuanya cantik dan menarik.
Cuba tengok ini, lelaki; walau dimekap dengan alat mekap cap MAC atau Maybelline
sekalipun, tetap buat orang muntah hijau berbakul-bakul! Ah, tak lalu!
Memakai mekap, sebenarnya ia memberi tanda bahawa orang itu sebenarnya tidak yakin dengan dirinya sendiri. Kalau lelaki boleh keluar rumah tanpa mekap, kenapa pula tidak perempuan? Kalau lelaki boleh nampak hensem dengan hanya berkain pelekat dan berbaju Melayu, kenapa pula perempuan tidak boleh nampak cantik dengan hanya berbaju kurung? Its just that 'thing' in our mind only.
Jadi, belajarlah untuk mengenali keistimewaan diri sendiri, dan belajarlah untuk menghargainya. Kerana biasanya, apabila kita menghargai sesuatu, secara otomatik kita akan menjaganya dengan bersungguh-sungguh. Apabila tiada rasa penghargaan itu, membuatkan kita melakukan yang sebaliknya.
Seterusnya, bergaullah dengan orang-orang yang penampilan dan akhlaknya lebih baik dari kita. Perhatikan mereka. Jadikan mereka idola kita. Tanamkan di dalam hati, suatu hari, aku mesti jadi macam dia juga. Kalau dia boleh berada di khalayak dengan penuh yakin di dalam pakaian yang menutup aurat begitu, kenapa pula tidak aku? Cabarlah diri sendiri.
Juga, selalulah bertaubat dengan meminta ampun daripada Allah. Kerana, hati yang hitam dihijab oleh dosa, tidak mungkin hidayah akan masuk ke dalamnya. Mungkin kita tidak mampu untuk bangun bermunajat di malam hari, tapi carilah waktu untuk melakukan solat sunat taubat di siang hari. Hanya dua rakaat seharipun sudah memadai. Berdoalah dengan bersunggguh-sungguh kepada Allah.
Gantungkan harapan kepadaNya setinggi bintang di langit, dan rendahkanlah hati serendah mutiara di dasar laut.
'Ya Allah, aku ingin sekali untuk mengikuti syari'atMu. Namun aku terlalu lemah ya Allah. Aku tak kuat. Aku tidak faham ya Allah. Aku mohon Kau berilah aku petunjukMu. Temukan aku dengan orang-orang yang boleh membimbingku. Tolong aku ya Allah. Aku tak sanggup untuk masuk nerakaMu di atas kejahilanku ini. Berilah aku kekuatan. Tolonglah ya Allah.'
Cubalah untuk istiqomah di dalam berdoa dan bertaubat kepada Allah terlebih dahulu. Dekati teman-teman yang solehah. Hadiri majlis-majlis ilmu dan carilah bahan-bahan bacaan yang boleh membantu kita di dalam menambahkan kefahaman kita. InsyaAllah, hanya dengan sebuah keazaman yang teguh sahajalah, kita mampu mengubah diri kita sendiri. Kekuatan itu pasti akan datang.
"...Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang kembali kepadaNya (dengan taat)." [42:13]
Sebelum saya meletakkan kalam, saya ingin sekali meninggalkan anda dengan sebuah analogi ini. Apabila kita ingin membeli kasut di supermarket, biasanya kita mesti akan meminta a fresh pair of shoes from the closet kan? Jarang kita membeli kasut display, melainkan jika sudah kehabisan stok. Kenapa ya, kita tak mahu membeli kasut display? Kerana ia telah 'lunyai' dicuba oleh banyak kaki, berbeza dengan kasut baru yang tersimpan kemas di dalam kotak di stor. Ia terjaga rapi, bersih, dan wangi.
Jadi, jika kasutpun kita pilih yang tersimpan di dalam kotak, kenapa pula diri kita yang jauh lebih mulia daripada sepasang kasut di kaki ini, kita biarkan 'lunyai' dinikmati oleh mata-mata sang lelaki dengan sewenang-wenangnya? Haa, cemane nak jawab tu??
Selamat berfikir dan beramal! ;)))
#suratcintarabiah.blogspot
-Nazihah-