Laman Utama
Assalamualaikum w.b.t
Pada 28 September yang lalu, Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Hari Interaksi Kelab Iqra’. Program yang dijalankan di sekitar UKM ini bermula sekitar jam 8.00 pagi dengan penyertaan seramai 45 orang ahli baru Kelab Iqra’ dan 12 orang fasilitator yang terdiri daripada ahli Kelab Iqra’ sedia ada dengan bantuan felo pemantau, Encik Zaidi Bin Yusoff. Hari Interaksi Kelab Iqra’ ini diadakan bertujuan merapatkan ukhwah sesama ahli Kelab Iqra’ di samping memupuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahli melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut. Hal ini penting demi melatih semua ahli kelab untuk lebih bersedia dalam memberikan komitmen terhadap setiap program yang bakal dijalankan kelak.
Antara aktiviti yang telah disusun dalam program interaksi yang berbentuk ‘Eksplorace’ tersebut ialah seperti permainan batu seremban,radio buruk,teka gaya,belon air dan sebagainya yang diadakan di beberapa lokasi yang berbeza di sekitar UKM. Lokasi yang terlibat sebagai checkpoint pada hari tersebut ialah Pusanika,Fakulti Ekonomi & Pengurusan,Tasik Kejuruteraan,Fakulti Sains & Teknologi,Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan serta Dewan Anuar Mahmud,(DAM),FST. Program eksplorace ini berakhir di Kolej Ungku Omar sekitar jam 1.00 tengah hari.
Pada sebelah malamnya pula telah diadakan Malam BBQ dan sesi bergambar yang melibatkan semua peserta ekplorace,fasilitator dan felo pemantau.
Secara keseluruhannya,program ini dilihat mendapat sambutan dan maklum balas yang baik dalam kalangan peserta yang terdiri daripada ahli-ahli baru Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar. Namun begitu,terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan yang perlu dipertimbangkan agar program interaksi yang lebih baik dapat dijalankan pada masa akan datang.
Akhir kata,barisan ahli jawatankuasa Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar sesi 2013/2014 serta fasilitator-fasilitator yang terlibat di dalam penganjuran Hari Interaksi Kelab Iqra’ KUO mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen ahli-ahli baru kelab sebagai peserta program ini. Semoga kerjasama yang baik dalam kalangan ahli kelab ini akan berterusan demi memastikan kejayaan dalam meningkatkan nama baik Kelab Iqra’ KUO. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan yang berlaku sepanjang program interaksi tersebut dijalankan. Semoga kita dapat bersama-sama memperbaikinya pada masa akan datang.Insya Allah.
Sekitar Hari Interaksi
Checkpoint di Pusanika, UKM
Ahli-ahli pasukan yang bersemangat waja ^____^
Gotong-royong untuk BBQ
Wajah-wajah ceria di penghujung Hari Interaksi :')
Sakaratul Maut
Dan ( amatlah ngerinya) kalau engkau melihat ( wahai orang yang memandang ), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka ( sambil berkata ) : "Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".( Terjemahan Surah Al-Anfal, ayat ke 50 )
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata : " Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyu pun kepadanya ; dan orang yang berkata : " Aku akan menurunkan seperti yang diturunkan Allah". Dan ( sungguh ngeri ) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakaratul-maut" ( ketika hendak putus nyawa ), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka ( memukul dan menyeksa orang-orang itu ) sambil berkata ( dengan menengking dan mengejek ) : "Keluarkanlah nyawa kamu ( dari tubuh kamu sendiri ); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina ( kamu ) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula ( menolak dengan ) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".
(Terjemahan Surah Al-An'am, ayat ke-93)
"Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang".
( H.Ibnu Abu Dunya)
Cara malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu derhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian, peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.
Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan rakaat dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukan sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah s.w.t agar diperkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s di dunia. Allah s.w.t mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu ke rumah Nabi Idris.
"Assalamualaikum, yaa Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail.
"Waalaikumsalam wa rahmatullah '', jawab Nabi Idris a.s
Beliau sama sekali tidak mengetahui bahawa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.
Seperti tetamu yang lain, Nabi Idris a.s melayan Malaikat Izrail dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s mengajaknya makan bersama namun ditolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap" Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak "tetamunya" itu berjalan-jalan ke sebuah kebun di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.
"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita", pinta Malaikat Izrail ( menguji Nabi Idris a.s )
"Subhanallah," kata Nabi Idris a.s
"Kenapa?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.
"Buah-buahan ini bukan milik kita", Ungkap Nabi Idris a.s, kemudian beliau berkata :
"Semalam anda menolak makanan yang halal kini anda menginginkan makanan yang haram ".
Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s memerhatikan wajah tetamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau ingin tahu tentang tetamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan? fikir Nabi Idris a.s.
"Siapakah engkau sebenarnya?" tanya Nabi Idris a.s
"Aku Malaikat Izrail" Jawab Malaikat Izrail.
Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak terdaya.
"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku?" selidik Nabi Idris a.s serius.
"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.
"Atas izin Allah, aku hanya menziarahimu" Jawab Malaikat Izrail.
"Aku ada hajat kepadamu " Tutur Nabi Idris a.s
" Apa itu? Katakanlah " Jawab Malaikat Izrail.
"Kumohon agar engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah s.w.t untuk menghidupkanku kembali agar bertambah rasa takutku kepadaNya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris a.s.
"Tanpa izin Allah, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.
Pada saat itu pula Allah s.w.t memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah, maka Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s sesudah itu beliau wafat.
Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah s.w.t agar menghidupkan Nabi Idris a.s kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah, Nabi Idris a.s hidup kembali.
"Bagaimanakah rasa mati itu sahabatku?" Tanya Malaikat Izrail.
"Seribu kali lebih sakit daripada binatang hidup dikuliti.'' Jawab Nabi Idris a.s
"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu" Kata Malaikat Izrail.
MasyaAllah lemah-lembutnya Malaikat Izrail Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu datang kepada kita?
BERSEDIAKAH KITA UNTUK MENGHADAPINYA?
Bicara Muslimah : Usah Bezakan Labuh dan Bawal :')
Saturday, 14 September 2013
Assalamualaikum w.b.t
Dalam perjalanan menimba ilmu bermula sekolah rendah kemudian sekolah menengah dan kini di universiti.
Alhamdulillah, saya sudah punya ramai teman. Teman yang bertudung bawal, teman yang memakai shawl, teman yang bertudung labuh, juga teman yang berpurdah.
Masing-masing punya keistimewaan. Masing-masing punya kelebihan.
Tiada wujud diskriminasi perbezaan ‘hektar’ tudung.
Saya amat suka memerhati, cuba mendalami isi hati seseorang, cuba mengenali hati budi seseorang (lagi sekali, marilah belajar psikologi, saya tidak akan pernah jemu menulis perkataan ‘psikologi’ lagi sekali, ‘psikologi’, haha, main-main pula ==” memang tak thiqah pelajar BA ni). Hakikatnya tak semestinya apa yang terzahir sama dengan dalaman setakat yang dilihat. Tetapi hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Apa pun suka saya ingatkan kepada diri sendiri, ketepikan keburukan orang, lihat kebaikan yang ada pada diri mereka dan insafi diri sendiri. Sungguh. Diri sendiri penuh benar dengan lumpur dosa.
Ada yang kata, luaran mencerminkan peribadi kerana appearance shows the first glance or impression about someone.
Ada juga yang kata tak semestinya begitu kerana ada kata-kata don’t judge a book by its cover.
Saya tak nafikan, kedua-duanya betul.
Kerana itulah karangan punya bahagian ‘argument’ - ‘do you agree or not?’.
Kerana itu juga MUET mempunyai bahagian ‘discussion’ – ‘what’s your opinion?’.
Masing-masing pasti mempunyai hujah untuk mempertahankan pendapat masing-masing kan?
Dan pastinya pendapat masing-masing punya kebenaran.
Saya sendiri lebih suka melihat kepada realiti yang dialami.
Tiadalah hanya yang bertudung labuh itu dikatakan menutup aurat. Sudah tentu, asalkan tudung dilabuhkan menutupi dada, itu sudah cukup.
Adatnya yang bertudung labuh lebih dipandang baik, lebih dianggap solehah dan lebihdikatakan punya ilmu agama yang tinggi berbanding mereka yang bukan bertudung labuh.
Betul kerana….baik, cuba anda lihat situasi ini.
Anda terserempak dengan seorang gadis memakai tudung bawal, kemas dan cantik berbaju kurung keluar berdua-duaan bersama seorang lelaki yang mana masing-masing tiada ikatan yang sah juga tiada ikatan kekeluargaan sambil berpegangan tangan di Giant.
Dalam pada masa yang sama, apabila menoleh ke kanan, anda terpandang gadis bertudung labuh berbaju kurung yang memang diketahui masih tiada ikatan yang sah dan keluar berdua-duaan bersama seorang lelaki yang juga diketahui masih tiada ikatan yang sah sambil berpegangan tangan.
Gadis mana yang lebih dikritik hebat? Gadis mana yang lebih dipandang pelik atau jengkel?
Ya. Sudah pasti gadis bertudung labuh itu.
Kerana dia lebih menjadi ikon ‘solehah’. Lebih dianggap golongan yang ‘tahu agama’.
Jadi, yang bertudung labuh, jaga kelakuan anda kerana anda sering diperhatikan dan sentiasa dijadikan contoh. Kesalahan yang dilakukan si gadis bertudung labuh lebih kelihatan silapnya berbanding gadis yang bukan bertudung labuh. Jadi yang bertudung labuh, tunjukkan sikap yang baik. Saya nasihatkan diri sendiri.
Terkadang satu kesilapan dengan mudah memadam seribu kebaikan.
Tapi, ketahuilah, yang bertudung labuh bukan malaikat. Dia manusia.
Mari pergi tajuk lain. Skop yang lain. Mari ^_^
Berkenalan Dengan Si Tudung Labuh.
Adatnya yang bertudung labuh lebih dipandang baik, lebih solehah dan lebih punya ilmu agama yang tinggi berbanding mereka yang bukan bertudung labuh.
Benarlah, melalui pemakaian, itulah hatinya, itulah budinya.
Namun, tak juga semua begitu.
Saya berani menulis berdasarkan pengalaman. Saya amat takut andai tulisan saya walau satu patah perkataan merupakan dusta. Ya Allah, jauhilah aku daripada melakukan ini, ampunilah hamba-Mu ini.
Saya suka menulis melihat kepada apa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Kerana saya suka melihat sekeliling. Berkawan dengan semua dan lihat. Ambil dan belajar sesuatu.
Ada yang bertudung labuh, tapi yang terlihat terkadang tak semestinya seperti yang terzahir.
Ada yang bertudung labuh, tapi suka menyakitkan hati orang.
Ada yang bertudung labuh, tapi tak pandai menghargai orang.
Ada yang bertudung labuh, tapi mementingkan diri sendiri.
Ada yang bertudung labuh, aktif dalam persatuan dan juga dakwah, tapi suka bercakap meninggikan suara, tidak menghormati orang lain.
Ada yang bertudung labuh, masuk pertandingan hafazan, tapi suka memandang rendah pada orang lain.
Pengalaman sendiri.
Juga berdasarkan pengaduan oleh beberapa teman.
Hanya mendengar luahan hati mereka yang terseksa satu-satu. Dari hati ke hati.
Senyap dan muhasabah.
Walau bagaimanapun, manusia tetap manusia, tiada sempurna sekalipun tudung labuh sehingga mencecah tanah. Saya lebih buruk daripada apa yang tulis. Ya Allah, ampunkanlah dosaku. =’((
Saya sendiri punya pengalaman. Tak akan pernah saya lupa. Ketika alam persekolahan. Waktu itu saya mengikuti sebuah seminar bersama dua teman bertudung labuh satu sekolah tetapi tidak begitu rapat. Awal seminar, ketika diberi rehat, makan. Saya sedikit lambat kalau bab makan (oh, mungkin sekarang dah upgrade sikit). Pasti orang lain yang habis dulu dan saya baru terkial-kial mengejar masa, sudah cuba yang terbaik namun apakan daya. Oleh kerana masa program sudah hampir disambung kembali, dua teman bertudung labuh tersebut meminta izin untuk pergi dahulu. Meninggalkan saya keseorangan. *sila baca ayat terakhir dengan nada yang sedih, haha xdela, saya gurau je ^_^*
Tidak mengapa. Tiada sebab untuk saya marah, memang salah saya. Saya tidak kisah. Lebih baik mereka pergi dahulu daripada dimarahi kerana berpunca daripada kelambatan saya. Saya yang salah tidak mampu mengatur masa dengan baik. Meneruskan makan seorang diri, hampir, sikit lagi. Waktu itu juga seorang teman bukan bertudung labuh menghampiri saya dan bertanya, lebih kurang pertanyaannya, (saya juga tidak ingat cara dan ayat dia tanya dulu)“sorang je?” lalu memilih untuk duduk dan menunggu saya makan. Walaupun tak pernah kenal, sekolah berlainan, bukanlah sekolah agama, dia sanggup menemani saya walaupun waktu ketika itu sudah lambat dan peserta seminar juga sudah semakin berkurangan di dewan makan. Walaupun saya tahu dia sudi menemani saya bukan kerana dia tiada teman, tadi sahaja saya melihat dia bersama beberapa orang teman makan bersama-sama. Dia boleh sahaja memilih untuk pergi dahulu tetapi tidak. Katanya tak sanggup melihat saya makan keseorangan. *ayat dia ni menyentuh hati saya* Dan sepanjang seminar hingga hari akhir, saya berdamping dengannya. Partner. Juga sebilik.
Sungguh hati saya tersentuh. (baik, sekarang dah menitik air mata =’(( )
Dan kini sudah ‘lost contact’ tapi sampai sekarang saya amat mahu bertemu dengannya. Amat sayang padanya. Amat rindu padanya (oh, semakin banjir) tak akan pernah luput dia daripada ingatan saya, tak akan pernah luput wajah dia daripada ingatan saya, tak akan pernah. Seorang teman yang bukan bertudung labuh yang sangat baik hati dan peramah, teman yang bukan bertudung labuh yang penuh semangat dalam diri, semangat seorang pejuang. Ya.
(amat merindukan dan menyayangi dia…Ieda, b2 rindu sangat awak….awak di mana sekarang…*peluk erat2* =’(( , =’((, =’((, banjir di sini… )
Itu hanya secebis kisah. Banyak lagi. Cukuplah.
Waktu persekolahan. Teman yang sanggup menunggu saya, ya, kes makan lambat juga. Sabar betul mereka.
Terima kasih Marhamah, Ain, Salwa. (b2 rindu….rindu, rindu sangat *peluk erat2* =’(( )
Teman yang suka memperingatkan supaya jangan mengumpat.
Itu adalah Hasnah si budak kecik (biarlah awak besar pun, awak tetap juga adik saya, adik saya *hentak2 kaki* sayang awak, Hasnah *peluk erat2* tolong jangan jauh2 dengan b2…nak pergi Jordan juga ke…=’(( )
Teman yang mengajar menuntut ilmu itu amat penting.
Itu adalah Siti Balqis. (anak ‘Ibu’ sorang ni, hehe …sayang adik Qis sangat-sangat, jaga diri di sana *peluk erat2* =’(( )
Dan ramai lagi. Tak perlu saya tulis di sini. Hanya Allah yang bisa membalas kebaikan kalian. Terima kasih… *peluk erat2*
Berkenalan dengan Mereka Yang Bukan Bertudung Labuh.
Pernah juga saya selami hati seorang teman yang bukan bertudung labuh.
Saya lihat dan selami kata-katanya.
Dia berharap agar yang bertudung labuh jangan memandang rendah terhadap mereka.
Jangan memandang serong terhadap mereka. Jangan mengumpat mereka. Jangan mengata mereka.
Saya amat memahami hati awak, sayang.
Sayang, ketahuilah, tak semua yang bertudung labuh begitu. Mungkin hanya segelintir.
Terkadang peribadi yang ditonjolkan mereka yang bukan bertudung labuh kelihatan lebih baik berbanding mereka yang bertudung labuh. Diri hanya melihat, Allah jua Yang Maha Mengetahui segalanya.
Dia yang bukan bertudung labuh mengingatkan diri kepada kematian.
Itu adalah Qoie, b2 sayang, rindu sangat Qoie…*peluk erat2*( nak galok-galok, gila-gila dengan Qoie lagi…=’(( )
Dia yang bukan bertudung labuh mengajar erti ketabahan dan sangat caring.
Itu adalah Kila, amat suka bertanya khabar orang, riuhnya amat menceriakan, bukan riuh yang menyakitkan, ^_^. B2 sayang, rindu sangat Kila…*peluk erat2* (sedih sangat, tak jumpa Kila dah, Kila dah nak masuk Gombak, jaga diri baik-baik ye sayang =’(( )
Ramai lagi. Cukuplah. Hanya Allah yang bisa membalas kebaikan kalian. Terima kasih…*peluk erat2*
Kesimpulan.
Tidak semestinya bertudung labuh sudah tentu baik budi pekerti, berbanding mereka yang bukan bertudung labuh. Namun juga tak dinafikan, sudah tentu masih ramai yang dalaman seperti yang terzahir. Hanya segelintir yang dalaman bukan kelihatan seperti luaran. Namun, hanya Allah Maha Mengetahui. Kita tidak berhak menilai orang lain. Cukuplah menilai diri sendiri.
Sudah semestinya pemakaian tudung seperti yang disyariatkan Allah. Itu memang tidak usah dipertikaikan. Mesti mengikut piawaian Allah. Post ini bukan hendak mengatakan bagaimana harus bertudung tetapi melihat mereka. Dari sisi mereka yang bertudung labuh mahupun bukan.
Lagi sekali saya ulang.
Ada yang kata, luaran menunjukkan peribadi.
Ada yang kata tak semestinya begitu.
Saya tak nafikan, kedua-duanya betul.
Kerana itulah karangan punya bahagian ‘argument’.
Kerana itu juga MUET mempunyai bahagian ‘discussion’.
Masing-masing pasti mempunyai hujah untuk mempertahankan pendapat masing-masing kan?
Apa yang saya mahu sampaikan, berbalik kepada manusia itu sendiri.
Segala-galanya diri sendiri. Ya, diri sendiri.
Andai kata yang bukan bertudung labuh yang mempunyai pekerti mulia, dan kemudian bertudung labuh, maka orang tetap kemudian melihat pula dia sebagai gadis bertudung labuh yang baik.
Lagi, contohnya lagak seorang pencuri wanita yang merompak bank memakai tudung bawal. Kemudian bertukar memakai tudung labuh pula dan merompak bank lagi. Apakah mahu menyalahkan tudungnya? Sudah tentu orangnya kan?
Boleh dapat tak maksud saya?
Baiklah saya bagi lagi.
Katakan Facebook, kebanyakan orang memandang Facebook sebagai satu medium yang boleh membuang masa. Tetapi yang sebenarnya bukanlah Facebook itu yang salah. Facebook itu hanya wasilah. Wasilah dalam menghancurkan diri dan juga wasilah dalam membina diri. Ada orang yang menggunakan Facebook untuk tujuan yang salah namun ada juga mereka yang menggunakan Facebook sebagai wadah dakwah. Jika akhbar melaporkan ramai yang ketagih Facebook sehingga mengabaikan perkara penting yang lain, itu bukanlah salah Facebook, salah manusia itu sendiri. Dan itu seterusnya pula menggambarkan keadaan masyarakat sekarang.
Boleh dapat tak maksud saya?
Manusia itu sendiri. Bukan pemakaian yang menentukan. Pemakaian mengikut syariat sudah ditentukan tetapi hati tak semestinya seperti luaran. Tapi ada juga yang kata sudah semestinya pemakaian kelak akan mendidik hati si pemakai. Tidak juga saya nafikan. Islam itu cantik. Kerana itu kita mesti sentiasa bersangka baik, mungkin hari ini kita mendengar keburukan tentang ‘dia’, tak mustahil ‘dia’ itu nanti berubah dan menjadi lebih baik daripada kita. Jangan hanya melihat orang lain, lihat diri sendiri. Jangan hanya tahu mengkritik orang lain, tetapi sesalilah dan tilik diri sendiri.
Mahu saya beri lagi contoh?
Andai sahaja bertemu mereka yang bertudung labuh bercouple, jangan salahkan golongan bertudung labuh. Salahkan perbuatan yang dilakukan itu. Jangan pula membenci golongan yang bertudung labuh, bencikan perbuatan salah mereka. Kita tak berhak langsung untuk menilai manusia, kerana hanya Allah yang tahu siapa sebenar hamba-Nya. Buruk pada pandangan manusia tak semestinya buruk pada pandangan Allah. Siapa tahu hati manusia selain Pencipta manusia itu sendiri?
Mungkin kita lebih teruk berbanding mereka yang bertudung labuh dan bercouple, siapa tahu? Lagi sekali, lihat diri sendiri. Mungkin mereka akan berubah menjadi yang lebih baik dan lagi baik daripada mereka yang bertudung labuh tapi tidak bercouple? Lagi sekali, teropong diri sendiri.
Terlalu banyak kesimpulan yang boleh dibuat. Saya mahu berhenti. Pening sudah. Ringkasan kesimpulan sudah menjadi kesimpulan yang saling bersimpulan.
Benar Mahu Kesimpulan.
Pendek kata, lihat diri sendiri.
Saya juga gadis bertudung labuh.
Tapi jangan terus menyangka saya baik.
Kenali dahulu, kemudian baru membuat kesimpulan tentang seseorang.
Saya amat punya banyak kekurangan. Banyak yang perlu dibaiki.
Dan saya memerlukan mereka yang bertudung labuh mahupun bukan bertudung labuh untuk membimbing saya. Mengajar saya.
Pendek kata juga, lagi sekali saya ulang dan suka saya ingatkan diri sendiri.
Ketepikan keburukan orang lain dengan iringan doa buat mereka, lihat kebaikan dalam diri mereka dan contohi. Insafilah diri sendiri yang penuh debu-debu dosa dan titik hitam.
Orang mukmin itu sentiasa merasakan dirinya lebih hina berbanding dengan yang lain sekalipun dengan orang yang lebih tua dan sekalipun dengan kanak-kanak kecil. Orang mukmin itu apabila melakukan dosa, segera beristighfar.
Saya mahu jadi ini, Ameen.
Orang mukmin itu jika melihat, dia mengambil pelajaran. Orang mukmin itu jika berbicara dia berzikir.
Saya mahu jadi ini, Ameen.
Sekadar berkongsi apa yang dilihat.
Laman Utama
Friday, 12 July 2013
Assalamualaikum ,
moga pembaca sekalian dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah tiba jua kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Bersama-sama kita gandakan amalan dan banyakkan berdoa mohon keampunan dan rahmat dariNya. Ambil peluang yang Allah beri pada kita untuk kita gunakan sebaiknya. Allah beri kita nafas , untuk kita terus mencari ilmu , mendekatkan diri padaNya. Apa gunanya jika kita diberi cuti semester andai kita hanya duduk menonton TV dua puluh empat jam ? Apa gunanya jika kita diberi masa untuk mengambil semester pendek tapi kita masih ponteng kuliah ? Allahuakbar.. alangkah ruginya diri ini ya Allah.. :'(
Jangan pandang kejahatan orang macam dia pasti ke neraka,
jangan pandang kebaikan sendiri macam kita sendiri pasti ke syurga
Bersyukurlah kerana kita terpilih untuk melakukan tugas yang sedang kita lakukan. Baik seorang pekerja , seorang pelajar , bahkan seorang anak. Apa pun yang kita lakukan tika ini , itulah yang membentuk diri kita untuk menjadi seorang yang berguna. Bersyukurlah kerana Allah masih memelihara kita dan tidak membiarkan kita berpeleseran tidak tentu hala. Akhir kalam , berilah tazkirah wahai dai'e , kerana tazkirah itu berguna untuk kaum muslimin dan muslimat. Salam ramadhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)










