MEMBACA AL-QURAN || MEMAHAMI AL-QURAN || MENGAMALKAN ISI AL-QURAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Laman Utama

Sunday, 9 June 2013

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah pada 28 Mei 2013 yang lalu Kelab Iqra' Kolej Ungku Omar telah menganjurkan program Ceramah Penghayatan Al-Quran dengan jayanya. Sambutan yang luar biasa dari seluruh mahasiswa/i UKM. Dengan tajuk "Al-Quran sebagai syifa' " yang disampaikan oleh ust Wan Hilmi , program tersebut alhamdulillah secara tidak langsung dapat mendekatkan para pelajar dengan ilmu baru. 

َنُنَزِّلُ مِنَ القُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤمِنِينَ...
  Terjemahannya:Dan kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar (penyembuhan) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian (al-Isra’ 82).

Antara yang dikongsikan oleh penceramah jemputan kita adalah makanan Rasulullah saw :
1) Barli- Baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. Ia merupakan penyejuk badan.
2) Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, “Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar (kurma), rumahnya seperti tiada makanan”, ia juga baik dimakan ketika mengandung.
3) Buah Tin – Ia merupakan buah daripada syurga.
4) Anggur - Rasulullah S.A.W. sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.
5) Minyak Zaitun - Rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.
6) Madu – dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak, sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.
7) Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.
dan lain-lain lagi makanan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda kepada umatnya bagi mendapatkan kesihatan yang baik. 


Moga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada sesi-sesi akan datang agar ilmu itu tidak hanya tertumpu di dewan kuliah sahaja. InsyaAllah.

***

Berakhirnya sesi 2012/2013 , maka naiklah pimpinan kelab iqra' yang baru bagi sesi 2013/2014. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada pimpinan lama atas kerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kami mohon maaf atas segala kekurangan di sepanjang tempoh kami memimpin kelab. 

Syabas dan tahniah !

Senarai Organisasi Sesi 2013/2014

YDP
Muhamad Hamizan Bin Hanafi

NYDP 1
Mohamad Fadhli Bin Mohamad Asimoni

NYDP 2
Siti Zahidah Binti Kosran

Setiausaha
Sharifah Umi Kalsum Binti Syed Othman

Bendahari
Noor Azlin Binti Arshad

Naib Bendahari
Azilah Binti Mukhtar

Wakil Muslimin
Muhammad Ameerul Amin Bin Bakar @ Omar

Wakil Muslimat
Erne Fatihah Binti Ibrahim


Tanggungjawab adalah segala apa yang kita tanggung di dunia ini kita kena jawab di akhirat. Yakin Allah bersama anda :)

Aku , Cinta & Kampus

Aku masih ingat kala itu, di saat aku begitu gembira dapat lepas jauh dari jangkauan kedua-dua ibu bapaku. Inilah kebebasan yang aku impikan selama ini. Atas maksud belajar, aku dilepaskan pergi berbekal iman senipis kertas dan ilmu agama setitis dakwat.  


Tanpa aku sedar, iman dan ilmu yang begitu rapuh bakal mengundang padah diriku yang masih belum bersedia menongkah arus lautan maksiat yang begitu deras di kampusku.
Namun itu tidak bererti pada ku. Apa yang penting aku dapat mengecap kebebasan yang aku inginkan selamanya. Saat aku mengecap kebebasan itu, aku rasakan inilah manisnya dunia.

Pakaianku sudah berubah dari berbaju kurung sopan kepada fesyen gadis moden bergaya walaupun aku terpaksa menampakkan aset diriku yang dikhususkan untuk suamiku.
Namun aku tidak kisah. Aku tidak mahu digelar gadis kampung yang kolot dengan mengenakan pakaian sopan tersebut. Aku sekarang berada di bandar, tiada siapa yang akan menghiraukan apa yang aku lakukan walaupun bertentangan dengan agama.
Pergaulanku semakin bebas. Kalau dulu di sekolah, aku masih ingat, pengaulanku begitu terjaga. Jangankan hendak bercakap dengan lelaki, berjumpa pun aku sudah lari kerana malu. Jangankan hendak bersentuhan, jika aku ditenung lelaki pun aku sudah melenting kemarahan.

Namun kini keadaan sudah berbeza, aku tidak mampu membawa prinsip itu di kota besar ini. Lagi pula hati halus ini begitu ingin disayangi oleh insan bergelar lelaki. Terus aku biarkan sahaja keinginan kekasihku melakukan apa sahaja padaku.Apa yang pasti, pada saat itu aku begitu cinta dan sayang padanya.

Saat itu aku lupa pada penat lelah ayah yang membanting tulang berpeluh keringat berkerja menampung pelajaranku di sini. Aku sudah lupa pada jasa ibu yang menyabung nyawa melahirkan aku. Ya Allah, pasti luluh hancur hati ibu bapaku melihat apa yang aku lakukan saat ini.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Kini aku sudah berada di tahun akhir pengajianku di kampus. Hari makin hari aku rasa bosan dengan kehidupan di sini, serabut dan bercelaru. Aku tidak tahu kenapa. Apa sahaja yang aku lakukan serba tidak kena. Aku rasa kosong. Cukup kosong.

Aku melakukan apa sahaja untuk memenuhkan kekosongan hatiku. Aku pergi ke pantai, shopping, karaoke, melancong, mendengar lagu, bersuka ria bersama teman dan apa sahaja cara untuk menghiburkan hati ku ini. Namun hari makin hari hati ku makin sengsara. Apabila aku ditanya tentang cinta. Aku melenting dan cukup marah.
Apa itu CINTA?

Aku sudah serik dengan cinta. Setelah segala keinginannya ku penuhi, dia telah pergi meninggalkan aku. Mencari adik-adik junior yang yang lebih segar untuk "diratah" seperti diriku.

Ya Allah, aku sangat menyesal atas perbuatanku. Ampunkanlah aku.

* * * * * * *

Mungkin ini adalah salah satu dari getusan hati kekesalan puluhan ribu gadis remaja yang hanyut dalam indah dan manisnya dunia. Mereka dibuai penuh asyik dengan hiburan, lelaki dan wang hanya untuk nikmat yang seketika. Hingga akhirnya mereka kecewa dipermainkan dunia dan oleh lelaki yang bertopengkan manusia.

Berapa ramai gadis yang jatuh di ribaan lelaki buaya darat atas janji manis yang palsu belaka sehingga gadis-gadis ini sanggup melakukan perbuatan yang sangat terkutuk di sisi agama hanya untuk menzahirkan cinta sejati mereka. Sedarlah saudari muslimatku. Seorang lelaki tidak akan memperisterikan seorang gadis yang telah dikecap madunya sebelum ikatan yang sah. Apatah lagi untuk menjadikan gadis "pakai buang" itu ibu pada bakal anak-anaknya nanti!!!

Duhai saudari muslimahku.

Aku tahu engkau telah menyesal atas tipu-daya dunia. Engkau tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Di mana perlu bermula untuk memperbaiki kekhilafan itu???
Wahai saudari muslimahku.

Walaupun seluruh dunia ini membencimu atas kesilapanmu dahulu. Namun percayalah engkau tidak bersendirian. Allah masih sentiasa bersamamu. Walaupun engkau datang bersama dosa sebesar bukit Uhud Allah tetap memaafkanmu. Hatta engkau datang bersama dosa selangit dan sebumi Allah tetap menantikanmu untuk memberikan keampunan sepenuh langit dan bumi. Percayalah, walau sebesar manapun dosamu dahulu Allah tetap akan mengampunkanmu.


Duhai saudariku,
Bertaubatlah dengan sepenuh hatimu. Hiasilah malammu dengan isak dan tangis memohon keampunan dari Rabbmu. Biarkan pipimu mengalirkan air mata taubat yang akan menjadi saksi di padang Mahsyar Allah nanti. Allah masih sayangkanmu wahai saudariku. Kerana itulah Allah yang maha Esa masih memberi denyut nadi untuk dirimu bernafas bagi memberi peluang untuk dirimu bertaubat.


DUHAI SAUDARI SEISLAMKU, ISTIQAMAHLAH DALAM TAUBATMU, SABAR DAN JANGAN PUTUS ASA..

Nasyid Minggu Ini


Shoutul Harakah
Tajuk : Hadapilah

walau hujan badai kan terus melanda
walau amuk gelombang tak henti menerjang
walau terang mencegah, walau mentari kan membakar
jangan letih menapaki kehidupan

ujian bagaikan terik sinar sang surya
hadir kedunia bersama berjuta karunia
janganlah bertekuk lutut dalam pelukan putus asa
janganlah bersimpuh dihadapan duka

hadapilah segala tantangan
sambutlah harimu dengan suka cita
hadapilah segala ujian 
dalam kesulitan pasti ada kemudahan

Hikayat Kijang Berekor Kasturi - Bahagian 2

 
     Tuan Puteri Shahrizad itu kerjanya angguk-angguk sedari tadi. Mahu sahaja ditempeleng dek Aswad, namun bimbang pula nanti bertambah jadinya cacat. Itulah tuan-tuan, hendak kita peringatkan, jangan sesekali makan sambil bercakap, atau tidur tertunggeng tiada adab, kononnya itu amalan ahli fikir. Dusta semata itu semua. Kerna yang namanya ahli fikir itu tuan-tuan tiada ia angguk-angguk geleng-geleng terkinja dengan leher dikalung rantai entah apa, bagai bangsa kera zaman baru yang kerjanya memanjat kelapa. Bimbang terus nanti andai tuan-tuan ditimpa akan penyakit wahan sebegini rupa.
     “Sungguh Nabi Sulaiman itu seorang nabi yang penuh tinggi budi pekerti. Dilayan sehabis baiklah akan bangsa kijang tersebut, bertambah suka di hati baginda menerima tetamu sedemikian rupa. Baada membai’at baginda, maka pulanglah bangsa kijang itu kedalam hutan sambil masing-masing menyebut alhamdulillah...alhamdulillah, sebanyak-banyaknya tanda syukur kepada Allah. Tiada bangsa kijang itu menyanyi lagu ‘Kijang Boleh’, yang dilafazkan hanya puji-pujian pada Tuhan Yang Esa.
     Wahai tuanku, ‘sirr’ Allah itu tiadalah dapat diduga oleh sesiapa, begitu andai kasad di hati itu mulia, akan dibalas dengan yang muluk-muluk jua. Dalam perjalanan pulang ke hutan semula, terbitlah suatu bau amat harum merdu, narawastu belum pernah diketemu.  Berpecahlah bangsa kijang mencari punca akan wangian tersebut namun tiada beroleh apa. Lelah mencari, entah bagaimana tersentuh jari seekor kijang kepada ekor sahabatnya yang lain. Dihidu-hidunya dalam-dalam, hingga bertelut dia sujud syukur kehadrat Allah, kerna dianugerahkan oleh Tuhan bauan yang semerbak pada ekor masing-masing.
     Adapun tuanku puteri, hendak ditambah rencah cerita, disebut oleh para ulama’ akan perihal kasturi ini iaitu, wanginya kasturi itu kekalnya ia tiada hilang meski disentuh dek empat puluh orang secara berantai. Masih kekal baunya kasturi itu. Subhanallah.
     Gempar dan pecahlah rimba dek mendengar berita perihal kasturi, masing-masing mengucap tahniah pada bangsa kijang yang dulu kononnya lemah.”
       Tuan Puteri Shahrizad sudah berhenti angguk-angguk, tersenyum simpul sambil berkelip-kelip mata menyebut ‘sesaat mendengar cerita kamu, ana jadi malu lulu lulu.’
     Menggeleng-geleng jualah si Aswad. Sungguh menggedik watak baru Tuan Puteri ini. Sengaja baginda mencabut bunga matahari yang disisip di telinga, dihidu dalam-dalam mencari kasturi barangkali. Sedar bahawa perilakunya diperhati, lantas Tuan Puteri berhenti menghidu dan pura-pura khusyuk kembali.
     “Kita enjoy.” Laung Tuan Puteri Shahrizad tersenyum manis.
     “Maka berita akan hal kasturi itu dapatlah dihidu oleh bangsa kera. Cekatan ketua bangsa kera ini menghimpun akan anak-anak buahnya mahu segera ke istana dengan satu tujuan, satu matlamat, mahu akan kasturi juga. Berdiri ketua bangsa kera diatas busut tinggi, berucap penuh berani.
     “Dengar sini wahai bangsaku, niatkan di hati masing-masing. Tiada mahu kita berekor wangi seperti kaum kijang. Kita mahu lebih daripada itu. Kita mahu lebih. Kita mahu biar punggung kita berbau wangi.” Bersoraklah bangsa kera bersemangat menggila lupa Tuhan lupa dunia.
     Tiba di istana Nabi Sulaiman, maka berbai’atlah bangsa kera ini pada Nabi Sulaiman. Sungguh mulianya baginda, dilayan bangsa kera itu sama sahaja dengan bangsa kijang dahulunya. Tiada pilih kasih, tiada mentor mentee kerna semua itu bakal merosak sahaja nanti.
     Gembiralah dihati bangsa kera tiada kepalang lagi. Dalam cepu fikir masing-masing membayangkan bagaimana gamaknya andai punggung mereka masing-masing itu berbau kasturi semerbak mewangi. Tentu najis mereka juga turut wangi sama, boleh dijual sebagai minyak wangi, meski kandungannya haram najis kera, tentu ramai sekali yang membeli dengan syarat, iklannya haruslah ada seorang adam, dengan wajahnya harus memancar nur kasih.
     Berjalanlah ketua bangsa kera di hadapan barisan penuh megah gagah menunggu masa menghidu bau harum. Nah, telah kita khabarkan tadi prihal hati yang mana sifatnya itu amatlah ajaib, maka timbullah sifat kurang sabar dalam dada naib ketua bangsa kera. Menggumam dia perlahan menyebut-nyebut akan kasturi, tiada tertahan lagi.
      Dadanya berdebur kencang, bagai kencangnya angin ribut meragut segala apa di hadapan. Tiada mahu lagi dia menunggu-nunggu akan bau, sudah tiada sabar lagi. Lagi pula saat itu naib ketua bangsa kera itu menghidap dia akan penyakit resdung, datang iri bersulam dengki dalam hati, tiada mahu kera yang lain mencicip bau kasturi terlebih dahulu sebelum dirinya sendiri.
      Kelakuan pelik naib ketua bangsa kera itu tiada apa bena dek sesiapa. Langsung niatnya diperkuat. Dirapatkan kedua belah tapak tangan kiri dan kanan, dikeluarkan akan hanya kedua-dua jari telunjuk sahaja seraya laju sekali dia mencucuk punggung ketua bangsa kera dua tiga kali dalam-dalam. Fikirnya mahu terus bau kasturi itu bocor menyimbah dirinya di belakang.
     Melaung melalaklah akan ketua bangsa kera itu keras amat. Pecah seluruh belantara. Sedang yang lain pula menghidu bau busuk teramat keras dari punggung masing-masing tiada tertahan, hingga semuanya bertebaran lari memanjat pokok sana-sini.”
     Tuan Puteri Shahrizad itu bingkas bangun memasang niat;
     “Selepas ini, tiada lagi beta mahu melulut akan jenama ‘gadis sutera’ lagi. Beta mahu kasturi sahaja.”
Begitulah tuan-tuan telah kita babadkan sebuah hikayat bukan semata tentang kasturi, ada diselit ingatan yang lain andai ada yang sedar tiada nyedar. Akan si Aswad itu, tidaklah tercatit dalam mana-mana buku sejarah, atau buku teks di sekolah-sekolah, bahawasanya telah dianugerah sebidang tanah, beratus ekor kambing ternakan, jua yang paling mahal, dikahwinkan dia oleh Tuan Puteri Shahrizad akan kambing betina istana yang cantik jelita. Itu peri kononnya kambing kacukan pada zaman tuan-tuan yang diberi nama Dolly itu, keturunan Aswad entah yang keberapalah.
     Wallahu a’lamu bis-sawab, wa ilaihil-marji’u wal-ma’ab.

Badiuzzaman Said Nursi : Pejuang dan Pemikir Islam Turki


Badiuzzaman Said Nursi , merupakan pejuang dan pemikir Turki sewaktu Turki bertukar wajah menjadi negara sekular dan mengharamkan syiar Islam.

Orangnya hebat, hidupnya penuh dugaan dan penderitaan. Tetapi kemanisan iman membuatkan beliau tegar menghadapi segala tekanan dari pihak pemerintah. 

Kagum sekali dengan ibu bapa yang mendidiknya. Ibu Said Nursi sentiasa dalam keadaan berwuduk sewaktu menyusukan beliau. Masha Allah.

Allah juga kurniakan kehebatan akal fikiran kepada tokoh ini. Dengan sekali baca sahaja beliau sudah mampu menghafal ilmu yang dibaca melalui buku dan kitab-kitab. Said Nursi turut berkongsi beberapa perkara yang dapat memudahkan ilmu untuk kita terima adalah dengan kurang tidur , kurang bercakap dan kurang makan.

Mengarang berjilid-jilid Risalah An-Nur. Beliau memfokuskan kepada permasalahan umat dan mengambil tindakan bijak mengelakkan diri dari dunia politik. Namun itu semua tetap tidak diterima oleh pihak pemerintah. Berpuluh tahun dihukum buang daerah ke pelbagai tempat, risalahnya dikaji, para pengikutnya tidak terlepas dari seksaan pemerintah serta beliau sendiri sentiasa diancam maut dengan diracuni oleh pihak tertentu sehingga akhirnya berdoa supaya kuburnya tidak diketahui orang di mana letaknya.

Selesai membaca buku ini terasa Risalah An-Nur karangan beliau sangat berharga :)


 

Ahli Jawatankuasa Kelab Iqra’ Kolej Ungku Omar

Sesi 2014/2015

Yang DiPertua

Muhammad Khairul Ghazi Bin Suhaili

Fakulti Pengajian Islam

Naib Yang DiPertua I

Muhsin Bin Abllah

Fakulti Pendidikan

Naib Yang DiPertua II

Afiqah Binti Amil Husin

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Setiausaha

Nurezzah Binti Maulud-Din

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Naib Setiausaha

Wan Suhaidashima Binti Wan Jaafar

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

Bendahari

Haulah Binti Razali

Fakulti Pengajian Islam

Naib Bendahari

Muhammad Noor Faez Bin Ahmad

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Publisiti

Muhamad Faisal Bin Mohd Sukerna

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimin

Muhammad Khidir Bin Jarawi

Fakulti Pengajian Islam

Wakil Muslimat

Siti Nur Aishah Binti Ahmad

Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina

Followers

Become a Fan

kkk kkk